the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kastam patahkan hampir 2,000 cubaan menyeludup, sita barangan bernilai RM350 juta setakat Mac

PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan 1,856 cubaan penyeludupan melibatkan pelbagai barangan membabitkan nilai cukai RM350 juta setakat Mac lepas, kata Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Ribuan Abdullah.

Ribuan berkata jumlah itu mencatatkan peningkatan sebanyak 182 peratus berbanding RM124 juta pada tempoh sama tahun lepas.

“Aktiviti penyeludupan kenderaan mencatatkan nilai rampasan tertinggi iaitu RM27.8 juta diikuti, rokok (RM10.7 juta), dadah (RM29.6 juta), minuman keras (RM8.9 juta) dan tekstil (RM3.9 juta),” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurutnya antara kenderaan yang disita ialah Toyota Alphard, Toyota Vellfire, Mercedes dan motosikal Yamaha RXZ yang telah dibaik pulih.

Untuk tempoh sama, beliau berkata pihaknya turut menyita barangan bersubsidi yang cuba diseludup ke negara jiran bernilai RM323,365.

“Minyak masak, petrol dan diesel merupakan barangan subsidi yang cuba diseludup dan kita telah sita barangan ini,” katanya.

Beliau berkata Sabah mencatatkan kes penyeludupan tertinggi iaitu 330 kes diikuti Kelantan (266), Sarawak (231), Johor (191) dan Selangor 151 kes.

Bagi meningkatkan tahap keselamatan di lapan lapangan terbang di seluruh negara, Ribuan berkata JKDM akan menempatkan 40 unit mesin pengimbas bagasi yang dilengkapi dengan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) selewat-lewatnya Mei ini.

“Bila ada mesin pengimbas berteknologi AI, ia bantu kita kenal pasti barangan dengan lebih jelas, contohnya barang apa yang ada dalam kontena. Analisa imej daripada mesin ini lebih spesifik,” katanya menambah melalui penggunaan mesin pengimbas, pihaknya berjaya membanteras penyeludupan dadah seberat 586 kilogram, setakat semalam.

Beliau berkata pihaknya juga sedang dalam perancangan untuk membuat perolehan mesin pengimbas kargo yang dilengkapi dengan sistem ‘drive through multi-view dual energy’ berteknologi tinggi bagi mengekang aktiviti penyeludupan di pintu masuk dan keluar negara terutamanya di Pelabuhan Klang, Selangor.

“Kami (JKDM) sentiasa berusaha memastikan aktiviti penyeludupan dapat dibendung dengan penguatkuasaan undang-undang dan penggunaan teknologi terkini. Ini selaras dengan visi kami iaitu memelihara ekonomi dan mengawal sempadan ke arah negara progresif,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

L.K. Technology Announces 2025/2026 Annual Results

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - L.K. Technology Holdings Limited (Stock code: 558, the "LK TECH", and together with its subsidiaries, the "Group") announces the annual results for the twelve months ended 31 March, 2026 (the "Year").

ICONSIAM Captivates the World with Historic Rainbow Drone and Fireworks Spectacular, Showcasing Thailand’s Readiness...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - ICONSIAM, the global landmark and experiential destination on the banks of the Chao Phraya River, successfully concluded Pride Month 2026 with a historic celebration that captured worldwide attention and reinforced Thailand's position as a leading Pride-Friendly Destination.

MASA Singapore 2026 Presents Indonesia’s Creative Movement Across Takashimaya Square and Gardens by the...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - MASA Singapore 2026, a multidisciplinary cultural movement celebrating Indonesia's contemporary creative movement, will take place from 2 July to 10 August 2026 across Takashimaya Square and Gardens by the Bay in Singapore.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings