the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nga: RM219.6 juta untuk naik taraf perparitan, selenggara kolam takungan sejak tahun lalu

KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyalurkan RM219.6 juta untuk menaik taraf perparitan dan menyelenggara kolam takungan sepanjang tahun lepas hingga tahun ini sebagai komitmen mengatasi masalah banjir kilat.

Menteri berkenaan Nga Kor Ming dipetik dalam kenyataan KPKT berkata daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM59.59 juta disalurkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi projek menaik taraf perparitan dan longkang pada 2023 manakala untuk tahun ini RM20 juta disediakan.

“Bagi projek penyelenggaraan kolam takungan banjir di kawasan PBT, peruntukan sebanyak RM100 juta disalurkan pada 2023 dan RM50 juta pada tahun ini “ menurut kenyataan KPKT di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, Nga menyatakan perkara tersebut dalam sesi Perbincangan Meja Bulat mengenai Pengurusan dan Tindak Balas Banjir Berkesan di Bandar anjuran Suruhanjaya Tinggi British Kuala Lumpur dari 25 hingga 26 Mac lepas.

Dianjurkan dengan kerjasama pakar terkemuka dari United Kingdom dan Malaysia, perbincangan dua hari itu menghimpunkan pakar dan pihak berkepentingan untuk menangani cabaran mendesak banjir bandar.

Pada perbincangan berkenaan, Nga juga memaklumkan bahawa KPKT menerapkan Pelan Induk Saliran Mesra (PISMA) dalam perancangan bandar mengikut hasil keputusan Majlis Perancangan Fizikal Negara 2023.

Beliau juga memaklumkan sebanyak 32 kawasan telah menyelesaikan pelaksanaan PISMA dalam perancangan bandar, manakala tujuh kawasan dalam proses penyediaan kajian dan 10 kawasan masih dalam proses perancangan, katanya.

Nga dalam persidangan itu turut memaklumkan antara faktor kejadian banjir kilat di Malaysia ialah perubahan pola taburan hujan, kesan urbanisasi dan pembangunan tidak bersepadu serta sistem saliran yang kapasitinya tidak mencukupi. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings