the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekas penjawat awam ditahan kes tipu Tanah Rizab Melayu

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas penjawat awam kerana disyaki menipu sebuah agensi kerajaan negeri sehingga menyebabkan pemecahan lot Tanah Rizab Melayu melibatkan kawasan seluas kira-kira 649.2 hektar.

Sumber SPRM memaklumkan suspek lelaki berusia sekitar 60-an itu juga disyaki menipu dengan menyatakan tanah tersebut bukan Tanah Rizab Melayu.

Tanpa menyebut bila dan di mana suspek ditahan, sumber itu berkata siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan kesalahan tersebut pada 2012 sewaktu masih lagi merupakan seorang penjawat awam.

“Difahamkan keseluruhan tanah berkenaan telah dipecahkan dan dijual kepada bukan Melayu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Menurutnya, suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak esok.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings