the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SSP ajak rakyat sertai perhimpunan Mega Demi Palestin Sabtu ini

KUALA LUMPUR: Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai Himpunan Mega Demi Palestin yang dijadualkan berlangsung di Padang Merbok di sini, Sabtu ini.

Jurucakap SSP dan aktivis sosial, Tian Chua (gambar) berkata pihaknya mengharapkan penyertaan semua pihak tanpa mengira agama, latar belakang dan fahaman politik untuk menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin.

“Isu Palestin ini merupakan isu universal. Semua kelompok politik boleh bergabung. Ia juga cerminkan perpaduan rakyat Malaysia untuk menyatakan suara tegas dan bersatu padu dalam isu ini,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata peserta perhimpunan akan berkumpul pada jam 2 petang di Surau Tabung Haji, Jalan Tun Razak, di sini dan akan berarak kira-kira 5.1 kilometer menuju ke lokasi berhimpun di Padang Merbok.

Beliau berkata pihaknya kini sedang dalam proses mendapatkan kelulusan pihak berkuasa seperti polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengadakan himpunan itu.

Katanya, antara tuntutan yang akan dibawa dalam himpunan itu termasuk menuntut gencatan senjata serta merta dan menghentikan pembunuhan genosid oleh rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings