the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Aidilfitri: Subsidi tiket penerbangan selama dua minggu libat kos besar – Loke

LANGKAWI: Permintaan untuk penetapan RM599 harga maksimum tiket penerbangan kelas ekonomi sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan sempena Aidilfitri dipanjangkan dari tiga hari kepada dua minggu akan melibatkan kos yang besar, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke (gambar).

Loke mengulangi bahawa inisiatif itu, yang juga dilaksanakan untuk beberapa musim perayaan lain, dilakukan oleh Kementerian Pengangkutan tanpa pembiayaan khusus daripada Perbendaharaan.

“… sudah tentu. Ini yang saya mahu laksanakan sepanjang tahun (pemberian tambang subsidi).

“Namun, ia adalah kos yang perlu ditanggung oleh kementerian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan acara Routes Asia 2024 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di sini hari ini.

Menurut Loke walaupun hanya tiga hari, ia mencecah kos jutaan ringgit, justeru dari segi sumber kewangan ia tidak mencukupi untuk menampung kos sekiranya tempoh terbabit dipanjangkan kepada dua minggu.

Sabtu lepas, Loke memaklumkan kerajaan menetapkan RM599 harga maksimum tiket penerangan kelas ekonomi sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan untuk perjalanan tiga hari, menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini.

Menurut Loke ia antara lain bagi membantu melancarkan percutian orang ramai balik beraya ke kampung halaman masing-masing pada April nanti.

Semalam, Persatuan Barisan Pengguna Sabah (CFOS) meminta tempoh penetapan RM599 harga maksimum terbabit dipanjang dari tiga hari kepada dua minggu supaya lebih ramai penduduk dari ketiga-tiga wilayah mendapat harga tiket berpatutan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidilfitri.

Persatuan itu menyifatkan tempoh tiga hari itu tidak mencukupi kerana tidak semua boleh bercuti awal dan ada yang terpaksa bekerja semasa perayaan berkenaan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings