the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Edar kanabis, lelaki dipenjara 30 tahun dan 12 sebatan

SEREMBAN: Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan kerana mengedar dadah jenis kanabis seberat hampir dua kilogram, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Rohani Ismail menjatuhi Muhammad Nur Arif Nur Akil, 26, hukuman itu selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan serta pembelaan, dan memerintahkan hukuman penjara berjalan dari tarikh tangkapan pada 2 Sept 2020.

“Sebelum ini mahkamah mendapati kamu (tertuduh) bersalah dan disabitkan atas pertuduhan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jadi hukumannya, setelah saya mendengar dan menimbang rayuan mitigasi dikemukakan melalui peguam kamu dan hujahan pemberat yang ditimbulkan pihak pendakwaan, saya memutuskan kamu dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun dari tarikh tangkap dan 12 sebatan,” katanya.

Muhammad Nur Arif yang ketika itu merupakan mahasiswa di sebuah universiti swasta di Selangor, didakwa mengedar dadah berbahaya jenis kanabis seberat 1900.9 gram, di tempat letak kereta sebuah pasar raya di daerah ini kira-kira 5.30 petang pada 2 Sept 2020.

Kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama.

Seramai 10 saksi dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula sejak 10 April 2023 dengan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ala’uddin Baharom manakala Peguam Shah Rizal Abdul Manan mewakili Muhammad Nur Arif.

Terdahulu, Shah Rizal dalam rayuannya meminta hukuman penjara dikenakan terhadap anak guamnya dengan mengambil kira usia tertuduh yang masih muda dan mempunyai masa depan cerah, apabila bebas pada masa akan datang selain ini merupakan kesalahan pertamanya.

“Pohon juga mahkamah ambil kira jenis dadah iaitu kanabis yang tergolong dalam soft drug dan bukannya chemically enhanced drug serta berat dadah itu tidak sampai dua kilogram…kita mahu memberi pengajaran kepada golongan muda, tetapi perlu ambil kira kepentingan tertuduh dan ahli keluarga,” katanya.

Bagaimanapun Ala’uddin meminta hukuman mati dijatuhkan kepada tertuduh, mengambil kira kepentingan awam termasuk faktor pencegahan, penghukuman serta kesalahannya dalam kes terbabit.

“Ia merupakan kes pengedaran dan kesalahan ini dapat dibuktikan secara terus dan tidak menggunakan sebarang anggapan…sama ada dadah soft atau high, itu bukan persoalan kerana kesan pengambilan tetap negatif.

“Sebab itu negara mengharamkan segala berkaitan dadah melainkan diberikan lesen. Dalam kes ini, tertuduh merupakan pelajar universiti dan seharusnya seorang yang berpelajaran tahu akibat dan kesan sekiranya terlibat dengan dadah,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings