the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penganalisis: Pemimpin perlu bahas isu rakyat, bukan isu parti, peribadi di Parlimen

KUALA LUMPUR: Wakil rakyat perlu sentiasa menjaga adab dan menggunakan persidangan Dewan Rakyat serta Dewan Negara sebagai tempat membahaskan isu kepentingan rakyat, dan bukannya soal parti atau kepentingan peribadi.

Penganalisis politik Prof Dr Sivamurugan Pandian berpandangan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang memberikan lampu hijau kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk mengambil tindakan tegas terhadap ahli dewan yang melampaui batas ketika bersidang, jelas menunjukkan keprihatinan Seri Paduka Baginda dalam memastikan Parlimen menjalankan tanggungjawab dengan sepenuhnya dan dengan lebih berkesan.

“Saya rasakan kuasa itu sudah ada pada speaker, dan Yang di-Pertuan Agong mahu ia digunakan lebih efektif. Selama ini speaker Dewan Rakyat ada beri kelonggaran dalam menggunakan peraturan yang ada dalam dewan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata keprihatinan dan ketegasan Sultan Ibrahim itu bertujuan memastikan Ahli Parlimen mahupun Ahli Dewan Negara menggunakan tempoh masa persidangan dengan sebaik mungkin dan memastikan proses membuat dasar menjadi lebih lancar.

“Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara perlu memastikan masing-masing mengguna pakai masa persidangan dengan baik dan bukan untuk bermain politik sebaliknya, untuk mengutamakan agenda merakyatkan kepimpinan dan isu-isu rakyat yang perlu dibahaskan,” katanya.

Sivamurugan berkata peringatan tegas itu juga menunjukkan Seri Paduka Baginda mahukan kemuliaan dewan dipertahankan dan wakil rakyat memainkan peranan mereka dengan lebih telus dan berkualiti.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong memberikan lampu hijau kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara, untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Negara yang melampaui batas, ketika bersidang.

Seri Paduka Baginda dalam Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 semalam bertitah tindakan itu termasuk mengenakan penggantungan selama 14 hari kepada Ahli Parlimen yang terlibat, jika mereka masih berdegil.

Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub pula berkata Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara perlulah menunjukkan keperibadian sebagai pemimpin yang berwibawa dengan disiplin yang tinggi.

“Walaupun mereka bersidang dalam kalangan 222 ahli termasuk seorang speaker, namun berpuluh juta rakyat memerhatikan peranan mereka dalam Parlimen. Kadang-kadang gambaran yang ditonjolkan bukan hanya diperhatikan dalam negara, malah ia juga diikuti oleh penonton diluar negara.

“Bersuara lantang perlu diikuti dengan fakta, perbahasan diluar tajuk dengan tujuan provokasi sudah tidak sesuai dan sudah sampainya ia berakhir. Kita mahukan Parlimen ini bukan sahaja dihormati rakyat tetapi dihormati oleh dunia,” kata beliau yang juga Pengerusi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Berhad. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings