the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM: “Berkempenlah bersungguh-sungguh, sampaikan fakta kejayaan Kerajaan Perpaduan”

HULU SELANGOR: “Berkempenlah bersungguh-sungguh dan sampaikan fakta yang sebenar mengenai pencapaian dan kejayaan Kerajaan Perpaduan.”

Itu pesanan yang dititip oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) kepada jentera parti di lapangan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata Perdana Menteri turut berpesan supaya jentera parti berkempen secara sihat serta tidak menggunakan fitnah, sentimen perkauman dan memburukkan personaliti dalam misi mempertahan kerusi berkenaan.

Beliau berkata demikian pada sidang media Jabatan Pilihan Raya PKR Selangor di sini hari ini.

Anwar kini berada di Riyadh, Arab Saudi bagi menghadiri mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).

Pengerusi Biro Antarabangsa PKR itu juga berkata calon yang diketengah oleh Pakatan Harapan (PH) bagi mewakili Kerajaan Perpaduan mempunyai potensi kepimpinan hebat serta latar belakang pendidikan yang baik dan ia tidak seharusnya disia-siakan oleh pengundi di DUN KKB.

“Walaupun PRK kali ini tidak mempunyai sebarang kesan kepada pentadbiran kerajaan negeri namun warga KKB tidak boleh memandang remeh dan mensia-siakan peluang yang telah diberikan untuk memilih pemimpin yang tepat,” katanya.

PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao sebagai calon PH, Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Mei sebagai hari mengundi manakala pengundian awal pada 7 Mei.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Brigadier General Mikee Romero honored as Outstanding Leader in Asia

Philippine Air Force Reserve Brigadier General Michael "Mikee" L. Romero, who heads Mikro-Tech Capital Inc., has been recognized as one of Asia's most outstanding leaders by ACES Awards.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings