the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penduduk Teluk Kumbar terus bantah pembinaan asrama pekerja asing

BALIK PULAU: Penduduk di Teluk Kumbar akan terus membantah perancangan pembinaan asrama pekerja warga asing di kawasan berkenaan termasuk menggunakan tindakan perundangan di mahkamah.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembinaan Asrama Warga Asing di Teluk Kumbar Prof Muhammad Idiris Saleh berkata bantahan itu akan dibuat oleh pihaknya yang mewakili penduduk di situ agar projek tersebut dibatalkan oleh kerajaan negeri.

“Kami ada tiga strategi untuk memastikan cadangan pembinaaan asrama berkenaan dibatalkan oleh kerajaan negeri iaitu meneruskan siri bantahan dengan menggunakan cara berhimpun secara aman bersama penduduk setempat dan juga wakil-wakil dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

‘’Kedua kami akan membawa suara bantahan penduduk ini ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan juga (ketiga) menggunakan aspek perundangan untuk membawa perkara tersebut ke mahkamah kerana penduduk memang tidak mahu asrama pekerja asing itu dibina di kawasan Teluk Kumbar,“ katanya kepada pemberita selepas mengadakan perhimpunan aman membantah pembinaan asrama itu di Teluk Kumbar, di sini hari ini, melibatkan lebih 100 penduduk, pemimpin politik dan NGO.

Mengulas lanjut Muhammad Idiris berkata jawatankuasa itu juga telah menyampaikan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika lawatan kerja beliau pada 16 Feb lepas.

“Memorandum bantahan kepada Perdana Menteri itu diserahkan menerusi Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohamad Abdul Hamid dan kami berharap suara bantahan kami akan mendapat perhatian Perdana Menteri,“ katanya.

Dalam pada itu, katanya jawatankuasa tersebut juga memutuskan bahawa tiada perbincangan lanjut akan diadakan dengan pemaju projek.

Disember lepas penduduk di Teluk Kumbar telah mengadakan demonstrasi aman bagi membantah serta mendesak kerajaan negeri Pulau Pinang untuk segera membatalkan projek berkenaan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings