the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MADANI Rakyat: Pengunjung rebut peluang selesaikan urusan, beli-belah

KUALA SELANGOR: Orang ramai merebut peluang hari terakhir Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor hari ini untuk menyelesaikan urusan mereka di reruai perkhidmatan kerajaan selain mendapatkan barangan dengan harga yang lebih murah.

Pengunjung yang hadir turut menyifatkan program itu sebagai pusat sehenti yang memudah cara urusan mereka untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan secara terus.

Penjawat awam Zohan Ahmad, 58, yang hadir bersama isteri Radziah Hasan, 55, mengambil peluang hari ini untuk membayar enam saman trafik dengan diskaun 50 peratus, sekali gus melangsaikan tunggakan itu.

“Proses pembayaran saman sangat mudah dan cepat, banyak kaunter disediakan dan lega akhirnya semua hutang sudah langsai.

“Kebetulan pula ada jualan murah, jadi isteri juga mahu membeli barangan keperluan asas,“ katanya kepada Bernama.

Pekebun kecil, Rahman Sahlan, 68, yang hadir membawa troli empat roda pula berkata beliau datang seawal 9 pagi bersama anaknya untuk membeli beras, minyak dan telur bagi keperluan keluarga yang menetap di Kampung Sungai Tengi Kanan.

“Saya datang memang tujuan utama untuk membeli beras kerana harga ditawarkan RM26 itu murah berbanding di luar kami dapat harga RM34, jadi memang berbaloi, sebab itu kami bawa troli dan penuhkan untuk keperluan sekeluarga.

“Selain itu anak juga mengajak saya untuk lihat teknologi pertanian yang dipamerkan di sini memandangkan kami juga mengusahakan kebun sayur sendiri,” katanya.

Suri rumah, K Vanitha, 33, yang datang dari Tanjung Keramat berkata beliau menumpang kenderaan jiran untuk ke Program MADANI Rakyat Zon Tengah bagi menukar topi keledar yang sudah usang dan tidak lagi selamat untuk digunakan.

Beliau yang datang bersama empat rakannya berkata usaha kerajaan menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan itu membolehkan rakyat yang kurang berkemampuan memiliki topi keledar baharu sekali gus memastikan keselamatan mereka.

Program tiga hari sejak Jumaat bermula 9 pagi hingga 10 malam itu memberikan tumpuan kepada aktiviti berkaitan pertanian dan keterjaminan makanan, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta kesejahteraan rakyat, selain pelbagai perkhidmatan disediakan agensi kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor.

Majlis penutupan program akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini dan dijangka turut dihadiri kepimpinan tertinggi kerajaan Persekutuan dan negeri. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings