the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tunku Mahkota Ismail bincang isu libat pintu masuk darat Malaysia-Singapura

JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail (gambar) berkenan membincangkan pelbagai isu melibatkan dua pintu masuk laluan darat antara Malaysia dan Singapura di sini hari ini.

Menurut hantaran menerusi Facebook Tunku Mahkota Ismail, perbincangan itu melibatkan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri Mohamad Fazli Mohamad Salleh serta delegasi Jabatan Imigresen Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri.

“Dalam pertemuan ini, pelbagai isu terkini telah disampaikan dan dibincangkan, khususnya mengenai urusan operasi imigresen, pemprosesan trafik harian, purata masa menunggu untuk pemeriksaan imigresen serta penambahbaikan yang perlu di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB),” menurut hantaran itu. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

HE Group clinches data centre contract worth approximately RM102m

Electrical engineering service provider HE Group Bhd, through its wholly-owned subsidiary, Hexatech Engineering Sdn Bhd, accepted a subcontractor contract amounting to approximately RM102 million for a data centre in Johor.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings