the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KSM pastikan kursus kemahiran ditawarkan terkini, keperluan pasaran

BUTTERWORTH: Kementerian Sumber Manusia (KSM) sentiasa memastikan kursus kemahiran yang ditawarkan di institusi kemahiran kementerian itu terutama Institusi Latihan Perindustrian (ILP) sentiasa yang terkini, kemas kini dan selaras dengan keperluan pasaran.

Menterinya Steven Sim Chee Keong berkata ia bagi memastikan pelajar mendapat kemahiran terkini, dan selepas itu mereka berupaya mendapat gaji yang lebih baik.

“Kita lihat ILP kebolehpasaran (graduan) ialah menjangkui lebih 90 peratus dan itu OK, masalahnya sekarang kita ialah bukan semua mereka dapat gaji tinggi.

“Apa kita nak buat ialah pastikan kemahiran dan sijil apabila keluar di pasaran kerja nanti berupaya dapat pekerjaan dengan gaji yang lebih baik.Kita kena pastikan kursus kemahiran (yang ditawarkan) terkini, dan selaras keperluan pasaran,“ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Penyerahan Kereta Elektrik (EV), sistem EV serta dron di ILP Perai, di sini, dan majlis turut dihadiri Ketua Setiausaha KSM Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dan Presiden Yayasan Mahir Malaysia Datuk P. Sri Ganes.

Sim berkata menerusi kerjasama antara sektor awam dan swasta itu, ILP Perai menerima sebuah kereta elektrik dan sistem EV bernilai RM250,000 dari syarikat Autotronics Center Of Excellent, dan sebuah dron RM6,000 dari SG Education Group Berhad.

Katanya sebagai permulaan ILP Perai akan melaksanakan program berkaitan EV dan teknologi dron melalui sembilan model latihan dan menawarkan pelbagai kursus jangka pendek kepada industri serta agensi awam.

“Di sini (ILP Perai) memang menawarkan kursus EV sebelum ini dengan menggunakan kaedah simulasi, dan menerusi kenderaan elektrik yang disumbangkan itu, pelatih boleh mendapat pengalaman dan belajar secara terus serta langsung bagaimana nak uruskan sistem EV.

“ILP Perai menjadi yang pertama menawarkan kursus EV ini dan selepas ini mungkin beberapa ILP lain akan turut tawarkan kursus ini bergantung kepada kewangan KSM, dan saya juga mengalu-alukan syarikat swasta untuk bersama-sama menyumbang kerana pelatih-pelatih kita latih akan jadi pekerja mereka nanti,“ katanya.

Sementara itu, beliau berkata ILP Perai dijenamakan semula menjadi Pusat Kecemerlangan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Pulau Pinang dengan menyasarkan Industri Kecil dan Sederhana sebagai pelanggan utamanya.

Menurutnya selain itu, ia akan menawarkan kursus jangka pendek kepada agensi awam dan swasta bagi mempercepatkan proses mengadaptasi teknologi khususnya berkaitan teknologi IR4.0 dan pendigitilan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

1win Breaks World Record by Bringing Football to the Top of Bogotá

BOGOTÁ, COLOMBIA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - 1win, in partnership with Colombian football creators FUTTO, has officially set a world record by organizing the highest football match ever played on top of a building.

BDMS Launches WellEra Bangkok, a US$865 Million Wellness Complex With Capella Hotel Group as...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Bangkok Dusit Medical Services Public Company Limited (BDMS), one of Asia-Pacific's leading healthcare providers, has unveiled WellEra Bangkok, an approximately US$865 million (THB 29 billion) wellness-integrated development that reimagines how the built environment can actively support healthier, longer lives.

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings