the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anak MB Perlis, empat yang lain dilepas dengan jaminan SPRM

KANGAR: Anak lelaki Menteri Besar Perlis yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Rabu, dilepaskan dengan jaminan SPRM, hari ini.

Turut dilepaskan hari ini ialah empat individu lain, yang turut ditahan bagi membantu siasatan dalam kes mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM600,000.

Menurut sumber kesemua suspek dilepaskan dengan jaminan RM10,000 dan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan.

Selasa lalu, SPRM menahan enam individu dipercayai terlibat dengan kes tersebut, ketika hadir bagi dirakamkan keterangan di Pejabat SPRM Perlis, di sini.

Susulan itu, kesemua suspek telah direman dua hari bermula Rabu dengan seorang daripada mereka dilepaskan semalam.

Kesemua suspek ditahan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaik pulih, menyelenggara, pembekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi, mengesahkan perkara tersebut.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili kesemua suspek Mohd Fadhly Yaacob ketika ditemui di sini berkata pihak SPRM, bebas untuk memanggil semula anak guamnya untuk melengkapkan siasatan sekiranya ada keperluan.

“Semua yang ditahan telah dilepaskan, semalam seorang dan hari ini lima orang…jadi semua selesai untuk apa-apa sepanjang tiga hari ini, selesai hari ini…dilepaskan dengan jaminan SPRM. Sekiranya ada keperluan untuk hadir ke pejabat SPRM bagi keterangan, mereka akan hadirlah,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings