the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
31 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bantah permohonan Sanusi pindah kes, hakim Mahkamah Sesyen kompeten & berwibawa – TPR

SHAH ALAM: Pihak pendakwaan dalam kes Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membantah permohonan Menteri Besar Kedah itu untuk memindahkan kes hasutan dihadapinya ke Mahkamah Tinggi di sini memandangkan kes itu telah ditetapkan untuk perbicaraan di Mahkamah Sesyen Selayang.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Masri Mohd Daud berkata kes itu juga tidak melibatkan persoalan undang-undang yang sukar atau kompleks seperti didakwa pihak pemohon.

“Hakim Mahkamah Sesyen adalah kompeten dan berwibawa untuk mengendalikan perbicaraan jenayah bagi kes-kes yang berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Sesyen, sepertimana kes yang dituduhkan terhadap pemohon di bawah Akta 15 (Akta Hasutan 1948).

“Oleh demikian, ia bukanlah dalam kepentingan keadilan untuk kes ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, lebih-lebih lagi kes telah ditetapkan untuk perbicaraan di Mahkamah Sesyen,“ katanya.

Masri berkata demikian dalam afidavit jawapan untuk membantah permohonan yang dikemukan Muhammad Sanusi bagi memindahkan dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik ke Mahkamah Tinggi di sini.

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Sesyen Selayang Nor Rajiah Mat Zin menetapkan tarikh perbicaraan pada 5, 8, 9, 13, 15, 16,19, 22 dan 23 Februari serta 11, 15 dan 18 Mac.

Sementara itu, dalam prosiding pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Aslam Zainuddin hari ini, mahkamah menetapkan 1 Feb ini bagi mendengar permohonan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu bagi memindah dua pertuduhan dihadapinya ke Mahkamah Tinggi.

Aslam juga memerintahkan Muhammad Sanusi membalas afidavit yang dikemukan pendakwaan pada atau sebelum 29 Jan ini.

Terdahulu, peguam Hasshahari Johari Mawi yang mewakili Muhammad Sanusi memohon mahkamah agar diberi masa 14 hari bagi menjawab afidavit yang dikemukakan pendakwaan.

“Kami telah menerima afidavit jawapan daripada pihak pendakwaan menerusi e-mel semalam. Justeru itu, kami mohon mahkamah memberi masa 14 hari untuk kami membalas afidavit tersebut,” katanya.

Bagaimanapun, Masri membantah permohonan itu dan menyatakan masa yang ada mencukupi untuk menjawab affidavit tersebut selain, tiada sebab untuk melengah-lengahkan lagi prosiding itu.

Muhammad Sanusi didakwa menyebut perkataan menghasut di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara-Kampung Bendahara, Gombak pada 11 malam, 11 Julai tahun lepas.

Dua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya adalah mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama iaitu denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Post-pandemic health upgrade drives global brands to Southeast Asia: High-purity Omega-3 leader WHC selects...

Belgium-based Omega-3 specialist WHC has entered Singapore with its flagship UnoCardio 1000, using the country as its strategic Southeast Asian hub. The expansion reflects growing demand for high-purity, science-backed health supplements in the region's post-pandemic wellness market.

Dusit International brings its Dusit Collection brand to Japan with the opening of a...

Dusit International has launched its first Dusit Collection property in Japan with the opening of WE Hotel Toya in Hokkaido. Designed by Kengo Kuma & Associates, the luxury lakeside retreat blends Japanese craftsmanship, Thai-inspired hospitality and scenic views of Lake Tōya.

Amazing Thailand Fest 2026 brings Thai culture, cuisine and entertainment to Central i-City

The collaboration reflects Central’s commitment to bringing Thailand’s culture, cuisine and creativity closer to international audiences, while strengthening ties between Thailand and Malaysia.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings