the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM: Cendekiawan 'sederhana' tidak seharusnya dibawa masuk sebagai profesor pelawat

SEPANG: Sejak awal lagi cendekiawan yang sederhana (mediocre) tidak seharusnya dibawa masuk sebagai profesor pelawat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas komen seorang ahli akademik Amerika Bruce Gilley di platform sosial X, yang mendakwa dia meninggalkan Malaysia kerana bimbangkan keselamatannya disebabkan oleh gerakan “gerombolan fasis-Islam yang dipacu oleh kerajaan”.

“Sejak mula lagi cendekiawan yang biasa-biasa sahaja (mediocre) tidak seharusnya dibawa masuk sebagai profesor pelawat. Selebihnya..Menteri Pendidikan Tinggi (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) sudahpun menjelaskan segalanya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat Akademi MAB dan majlis pecah tanah Bangunan Simulator Penerbangan di sini hari ini.

Zambry sebelum ini dilaporkan berkata dakwaan Gilley bahawa Malaysia bukan negara selamat untuk dikunjungi sebagai kenyataan yang amat berbahaya sehingga boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada ramai pihak.

“Sekarang pun kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia tidak selesa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau, contohnya kedutaan Amerika mengesahkan Malaysia masih negara yang selamat untuk dilawati,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings