the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis sedang kesan suspek lakukan khianat papan tanda Tahun Baharu Cina

GEORGE TOWN: Polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian melakukan khianat membabitkan beberapa papan tanda ucapan Tahun Baharu Cina yang memaparkan wajah Ketua Menteri, Chow Kon Yeow telah diconteng menggunakan cat hitam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata pihaknya membuka kertas siasatan kes itu di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan khianat.

“Ya, saya sahkan ada menerima laporan polis oleh Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Bukit Bendera di Balai Polis Pulau Tikus hari ini berhubung kejadian beberapa papan tanda Tahun Baharu Cina telah diconteng cat hitam.

Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan suspek yang melakukan perkara tersebut dan kita buka kertas siasatan di bawaH Seksyen 427 Kanun Keseksaan,“ katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Terdahulu DAPSY Bukit Bendera memaklumkan pihaknya membuat laporan polis hari ini selepas papan tanda yang diconteng itu dikesan di beberapa kawasan iaitu Jalan Burma, Jalan Kelawei, Lebuhraya Maktab dan kawasan sekitar sejak semalam. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings