the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

AmanahRaya perjelas isu wang caruman ahli

KUALA LUMPUR: Kandungan mesej berkaitan penamaan bagi caruman ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kini tular melalui aplikasi WhatsApp adalah tidak benar.

Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kandungan mesej yang mendakwa wang caruman ahli KWSP melibatkan penama individu yang meninggal dunia terdahulu daripada ahli KWSP akan disalurkan secara automatik kepada AmanahRaya, juga mengelirukan.

“AmanahRaya, pada setiap masa boleh dilantik sebagai Pentadbir atau Pemegang Amanah oleh institusi Mahkamah, Pejabat Pusaka Kecil atau AmanahRaya sendiri di bawah Akta Perbadanan Amanah Raya 1995.

“Kesemua harta pusaka yang ditadbir oleh AmanahRaya hanya akan dibahagikan kepada waris-waris yang sah mengikut peruntukan undang-undang yang terpakai,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menjelaskan wang caruman ahli KWSP hanya akan disalurkan kepada AmanahRaya apabila berlaku tiga keadaan iaitu jika AmanahRaya dilantik sebagai pentadbir kepada harta pusaka ahli KWSP yang telah meninggal dunia.

Keadaan lain adalah apabila AmanahRaya dilantik sebagai Pemegang Amanah bagi bahagian waris-waris ahli KWSP yang di bawah umur, atau AmanahRaya dilantik sebagai Pemegang Amanah bagi bahagian Orang Kurang Upaya kerana mereka tidak mempunyai kapasiti dari segi undang-undang untuk menerima, menguruskan atau memegang wang simpanan KWSP berkenaan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan isu itu atau berkaitan perkhidmatan AmanahRaya dengan menghubungi talian 03-2723 7273, e-mel [email protected] dan WhatsApp 03-2055 7557. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings