the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tze Yong terima suntikan, bantu beraksi di Eropah

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong , baru-baru ini menerima (gambar) suntikan bagi meredakan kesakitan tulang belakang akibat kecederaan yang dialaminya sewaktu Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 di Shah Alam, Selangor, minggu lepas.

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky berkata Tze Yong menerima suntikan itu di Institut Sukan Negara, Bukit Jalil dan ikhtiar itu diharap dapat membantu pemain berkenaan beraksi pada dua kejohanan di Eropah iaitu Terbuka Perancis dari 5-10 Mac ini diikuti All England pada 12-17 Mac.

“Berdasarkan perbualan dengan Tze Yong, jika suntikan itu berhasil, dia boleh berlatih dengan normal,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sesi latihan di sini hari ini.

Susulan kecederaan itu, pemain berusia 23 tahun berkenaan sebelum ini hanya menjalani latihan ringan.

Pemain ranking ke-16 dunia itu hanya bertahan kira-kira tiga minit sebelum terpaksa menarik diri daripada kejohanan dwitahunan itu sewaktu ketinggalan 1-3 menentang Jason Teh dari Singapura.

Tze Yong dijadual membuka kempen di Perancis dengan bertemu wakil Taiwan, Su Li Yang manakala pada All England beliau akan berdepan pemain India, Lakshya Sen pada pusingan pertama.

Sementara itu, Rexy pada masa sama mengakui pemain dari Johor itu jelas kecewa dengan situasi dihadapinya kini memandangkan beliau sedang memburu slot ke Sukan Olimpik 2024 di Paris pada 26 Julai-11 Ogos ini.

Tze Yong ketika ini berada di tempat ke-15 dalam ranking Race to Paris dengan mengumpul 58,735 mata.

Mengikut kriteria kelayakan Paris 2024, sejumlah 35 tempat kuota, satu tempat negara tuan rumah dan dua tempat global diperuntukkan untuk acara perseorangan.

Sebuah negara hanya boleh mempunyai maksimum dua pemain dalam satu kategori perseorangan jika kedua-duanya berada pada kedudukan 16 teratas pada penghujung tempoh kelayakan Race to Paris dijadualkan pada 28 April ini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings