the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan

KULIM: Polis menahan pemilik dan pembantu sebuah rumah kebajikan di Taman Desa Aman dekat sini bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang penghuni warga emas dipukul, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Mohd Azizul Mohd Khairi berkata pihaknya menerima laporan bahawa penghuni rumah kebajikan terbabit iaitu seorang lelaki tempatan berusia 70 tahun dipukul menggunakan kayu pada 3.50 petang semalam.

“Terdapat empat rakaman video yang telah tular di media sosial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim telah menjalankan siasatan dengan menahan seorang lelaki berusia 44 tahun yang merupakan pemilik rumah kebajikan berkenaan.

“Turut ditahan bagi membantu siasatan ialah seorang perempuan tempatan berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pembantu di situ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.

“Siasatan masih dijalankan bagi mengesan sekiranya masih ada mangsa lain yang dipukul di rumah kebajikan terbabit…kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

Mohd Azizul menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu kerana siasatan masih dijalankan.

Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan turut diminta untuk menyalurkan maklumat itu kepada pihak polis.

Terdahulu, tular video berdurasi hampir satu minit memaparkan seorang wanita memukul seorang lelaki menggunakan kayu dipercayai berlaku di sebuah pusat jagaan warga emas di Taman Desa Aman, dekat sini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings