the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Saksi: Tidak penting untuk tanya jika Najib arah US$700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low

KUALA LUMPUR: Seorang saksi memaklumkan Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak menyoal jika Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memindahkan US$700 juta daripada syarikat itu kepada Good Star Limited yang dimiliki ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low.

Pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penguasa Kanan Nur Aida Arifin, 37, berkata ini kerana beliau berpendapat soalan mengenai transaksi tersebut tidak penting untuk diajukan kepada bekas Perdana Menteri itu, bagaimanapun memaklumkan beliau ada bertanyakan perkara itu kepada Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Saksi itu berkata demikian ketika disoal oleh peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin berhubung transaksi yang dilakukan pada September 2009.

Wan Azwan: Adakah anda bertanya kepada Najib sama ada arahan untuk memindahkan 70 peratus daripada jumlah pelaburan US$1 bilion itu datangnya daripada beliau?

“Saya hanya bertanya kepada Shahrol Azral. Saya tidak bertanya kepada Najib. Saya rasa tak penting,“ katanya.

Nur Aida, yang tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa Shahrol Azral adalah ‘alter ego’ Jho Low, berkata Shahrol Azral percaya bahawa setiap arahan Jho Low adalah daripada Najib.

Saksi pendakwaan ke-49 itu juga mengakui bahawa Najib tidak mengarahkan Shahrol Azral dan bekas Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan syarikat itu Casey Tang Keng Chee untuk menyembunyikannya (transaksi US$700 juta) daripada pengetahuan lembaga pengarah.

Pada 2022, bekas Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah memberi keterangan bahawa Najib hanya mendiamkan diri, relaks dan tidak memberikan sebarang reaksi atau mengambil sebarang tindakan berhubung transaksi US$700 juta itu.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings