the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Paul Yong fail rayuan keputusan mahkamah kekalkan sabitan rogol pembantu rumah

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong (gambar) telah memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah beliau kerana merogol pembantu rumahnya lima tahun lepas.

Peguam Datuk Rajpal Singh, yang mewakili Yong, berkata notis rayuan difailkan pada 5 Mac lepas.

“Mahkamah belum lagi menetapkan tarikh pengurusan kes bagi rayuan tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 1 Mac lepas, panel hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail dalam keputusan majoriti 2-1, mengekalkan sabitan bersalah terhadap Yong.

Turut bersidang Datuk Azman Abdullah, yang bersetuju dengan Hadhariah, dan Datuk S.M. Komathy Suppiah, yang menentang keputusan itu.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengurangkan tempoh hukuman penjara Yong daripada 13 tahun kepada lapan tahun.

Pada 27 Julai 2022, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Yong bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia berusia 23 tahun di sebuah bilik di rumahnya di Ipoh antara 8.15 malam hingga 9.15 malam pada 7 Julai 2019 mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh disebat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Singapore’s Largest Pet Event Returns Bigger Than Ever with Singapore Pet Festival 2026

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Pet lovers can look forward to the return of SG Pet Festival 2026, Singapore's largest pet exhibition, happening from 31 July to 2 August 2026 at Marina Bay Sands Convention Centre, Halls A, B, C & D.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings