the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Helikopter terhempas: Laman sosial 503 Squadron dihujani doa, ucapan takziah

KUALA LUMPUR: Akaun Facebook 503 Squadron dihujani doa dan ucapan takziah kepada keluarga semua mangsa yang terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak awal pagi tadi.

Laman sosial itu tular susulan hantaran yang dimuat naik empat hari lepas memaparkan beberapa gambar Skuadron 503 menghantar dua Pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) bersama sembilan kru udara dan 11 juruteknik pesawat ke Lumut untuk menyertai Lintas Hormat di KD Pelandok sempena Perbarisan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pada 27 April ini.

Satu daripada empat gambar yang dimuat naik itu memaparkan lima anggota TLDM melambai rakan mereka yang berlepas ke Lumut dan ia benar-benar menyentuh hati sesiapa yang melihatnya.

Lebih meruntun jiwa, gambar itu diiringi kapsyen “Lambaian penuh makna daripada sebahagian kru yang tinggal, selepas ini mereka mungkin boleh balik awal selalu? Entah, min masih mampu bersangka baik.”

Seorang pengguna Facebook, Mohamad Taufik meninggal komen “Lambaian terakhir diorg (mereka). Jatuh beb air mata jantan tengok gambar mereka. Salam takziah dan al-Fatihah buat kru helikopter yang terhempas. Semoga Allah letakkan darjat tertinggi buat semua mangsa.”

Syafiq Wahab pula meninggalkan komen “Selamat berehat wahai pejuang negara. Moga Allah ampunkan semua dosa mereka semua dan ditempatkan bersama orang beriman dan dimasukkan ke dalam Syurga Firdaus tanpa hisab dan azab. Rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan buat kalian yang pergi. Terima salute dari kami.”

Selain itu Muhd Iqbal memberi reaksi “Allahu. Sayunya hati tengok gambar ini. Tempatkan mereka perajurit negara dalam kalangan orang beriman. Amin Ya Allah,” sementara Mart Shap pula berkata “Gugur air mata jantan aku min… hilangnya 10 pahlawan negara serentak.”

Seorang lagi pengguna media sosial Ummusa Alawiyah Ahmad turut meninggalkan komen memaklumkan insiden itu mendapat perhatian media antarabangsa. “Sudah masuk berita Jam 6 di Sydney 9News Australia. Allahhummaghfirlahum Warhamhum… Amin daripada kami di perantauan.”

Tragedi pada 9.32 pagi itu menyaksikan 10 anggota TLDM termasuk Pegawai Memerintah Skuadron 503 Komander Muhammad Firdaus Ramli disahkan terkorban.

Di KOTA KINABALU, perasaan sedih dan hiba rakan-rakan mengiringi pemergian empat anggota 503 Skuadron daripada Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dari pangkalan TLDM di Teluk Sepanggar di sini.

Pegawai Perhubungan Awam Markas Pemerintahan Armada Timur Leftenan Komander Mohd Fadzhil Salleh berkata suasana suram menyelubungi pangkalan itu sebaik menerima perkhabaran duka mengenai tragedi yang berlaku pagi tadi.

Selain Muhammad Firdaus, yang juga juruterbang HOM-AW139, turut terkorban Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin, Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi dan Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun.

Mempunyai hubungan rapat dengan Muhammad Firdaus, Mohd Fadzhil mengakui berasa kehilangan seorang rakan yang sangat baik, suka menolong orang dan selalu tersenyum ceria.

“Memang saya terasa kehilangan sangat dengan pemergian arwah. Bila dengar berita insiden itu, memang kami, rakan-rakan ini, meleleh air mata. Kawan kita sama-sama susah senang dan jalankan tanggungjawab sebagai anggota TLDM. Brotherhood itu memang sangat rapat tidak boleh lupa,” katanya dalam nada sebak ketika dihubungi Bernama.

Mohd Fadzhil berkata beliau selalu bekerjasama dengan Muhammad Firdaus dalam mengatur bagi membawa pihak media melakukan tinjauan udara, yang terbaharu ketika Aidilfitri baru-baru ini.

“Helikopter yang dikendalikan Allahyarham amat smooth menunjukkan kecekapan dan pengalaman dimilikinya. Malah petugas sentiasa berasa selamat dan selesa dalam helikopter dikendalikan arwah,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings