the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) menghormati kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata keputusan itu dibuat untuk menterjemah rasa hormat kepada jalinan kerjasama yang dibina dalam Kerajaan Perpaduan selain sebagai isyarat bagi memperkukuh kedudukan kerajaan.

“Walaupun jumlah pengundi Melayu di Kuala Kubu Baharu telah meningkat kira-kira 50 peratus tetapi demi menghormati Kerajaan MADANI, UMNO dan komponen BN harus menghormati kerusi itu dipunyai rakan dalam Kerajaan Perpaduan.

“Jentera UMNO bukan sahaja seluruh Selangor tetapi saya yakin jentera BN terutama MCA akan bersama membantu calon berkenaan biarpun tarikh (pilihan raya kecil) belum ditentukan,” kata Presiden UMNO itu dalam ucapan pada Majlis Berbuka Puasa UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia hari ini.

Turut hadir Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan dan pemimpin tertinggi UMNO serta parti komponen BN.

Semalam, Ahli DUN Kuala Kubu Baharu Lee Kee Hiong meninggal dunia pada usia 58 tahun akibat penyakit kanser.

Lee telah berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan itu sejak 2013 dan semasa Pilihan Raya Negeri Selangor pada Ogos tahun lepas, beliau menewaskan calon Perikatan Nasional Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings