the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Stoking tertera kalimah Allah: Jemaah menteri setuju tindakan tegas, segera

KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri hari ini bersetuju tindakan tegas dan segera sewajarnya diambil berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah oleh KK Mart cawangan Bandar Sunway, Petaling Jaya baru-baru ini, supaya perkara itu dapat diselesaikan secepat mungkin.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil (gambar) berkata Jemaah Menteri melihat isu itu telah mengakibatkan satu persepsi terhadap penghinaan agama dan sensitiviti kaum di negara ini.

Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata buat masa ini pihak berkuasa yang berkaitan sedang giat menjalankan siasatan berkaitan isu stoking tertera kalimah Allah itu, yang telah tular di media sosial sejak 13 Mac.

“Sekarang polis dah buat siasatan dan tindakan sepatutnya. Bagi tindakan penguatkuasaan boleh rujuk kepada yang dilakukan polis, untuk sebarang tindakan undang-undang pula rujuk Jabatan Peguam Negara,” katanya dalam sidang media di Angkasapuri, di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam satu sidang media hari ini memaklumkan polis sudah melengkapkan siasatan berhubung perkara berkenaan dan kini menunggu arahan selanjutnya daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Fahmi berkata isu penjualan stoking tertera kalimah Allah itu juga menyaksikan aplikasi TikTok menerima peningkatan laporan berkaitan kandungan di platform itu sejak 13 Mac hingga semalam.

“MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) maklum sebelum ini TikTok hanya terima kira-kira 1,800 aduan sebulan, tapi dalam tempoh ini (13-21 Mac) sebanyak 1,040 laporan diterima, mungkin semua bukan isu sama (stoking) tetapi TikTok telah mendapati 53 peratus daripada aduan melanggar undang-undang Malaysia dan 19 peratus lagi melanggar Garis Panduan Komuniti aplikasi.

“Sebanyak 13 peratus lagi aduan masih dalam penelitian TikTok dan 15 peratus tidak melakukan apa-apa kesalahan,” katanya dalam sidang media di Angkasapuri di sini hari ini.

Fahmi berkata beliau juga telah mengarahkan MCMC memantau media sosial terutamanya TikTok dan Facebook berkenaan tular tangkap layar kenyataan berbaur hasutan berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah yang dimuat naik oleh pelbagai akaun di dua platform itu, dipercayai satu usaha untuk membentuk persepsi umum.

“MCMC sudah mengenal pasti trend menyiarkan satu mesej yang sama dan diulang-ulang oleh banyak akaun lain, namun belum dikenal pasti sama ada ia tindakan disengajakan ataupun tidak, mungkin ada cubaan pihak cuba menangguk di air yang keruh.

“Bagaimanapun saya mahu ingatkan berkaitan isu kalimah Allah ini, jangan ambil tindakan sendiri,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings