the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua pegawai bank didakwa terima rasuah RM50,581 dan RM8,000 di Melaka

Dua pegawai bank mengaku tidak bersalah atas tuduhan terima rasuah RM50,581.51 dan RM8,000 untuk proses pembiayaan peribadi melebihi had kelayakan.

MELAKA: Dua pegawai bank didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka hari ini atas tujuh pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM58,581.51 untuk memproses permohonan pembiayaan peribadi pelanggan melebihi had kelayakan.

Syamime Hazreen Bahrin yang berusia 37 tahun dan Nursyafiqah Abdul Latif berusia 29 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Syamime Hazreen yang kini berkhidmat sebagai penasihat kewangan sebuah bank di Kuala Lumpur menghadapi lima pertuduhan menerima suapan RM50,581.51.

Wang suapan tersebut didakwa dipindahkan secara dalam talian ke dalam akaun bank miliknya di sebuah bank di Jalan Hang Tuah Melaka antara 8 Disember 2022 hingga 15 Julai 2024.

Suapan itu merupakan upah untuk membantu memproses permohonan pembiayaan pinjaman peribadi lima pelanggan sebuah syarikat secara serentak di beberapa institusi kewangan.

Tindakan tersebut menyebabkan pelanggan berkenaan mempunyai pinjaman peribadi melebihi had kelayakan yang dibenarkan.

Nursyafiqah yang ketika itu bertugas sebagai eksekutif pembiayaan pengguna di sebuah bank cawangan Ampang Point Selangor menghadapi dua pertuduhan menerima RM8,000.

Wang suapan tersebut didakwa diterima daripada seorang lelaki melalui pindahan dalam talian ke dalam akaun bank miliknya bagi tujuan yang sama.

Wanita itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di sebuah bank di Masjid Tanah Alor Gajah pada 7 Ogos dan 9 September 2023.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Sharina Farhana Nor Sa’ari menawarkan jaminan antara RM20,000 hingga RM25,000 terhadap Syamime Hazreen.

Beliau juga menawarkan jaminan RM7,000 kepada Nursyafiqah dengan setiap seorang memerlukan seorang penjamin.

Sharina Farhana turut memohon syarat tambahan iaitu mereka perlu melaporkan diri ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya sekali sebulan.

Mereka juga diarahkan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah sebagai syarat jaminan.

Peguam Emile Ezra Hussain yang mewakili Syamime Hazreen dan M. Manoharan mewakili Nursyafiqah memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan tersebut.

Hakim Elesabet kemudian membenarkan jaminan RM15,000 kepada Syamime Hazreen dan mengekalkan RM7,000 terhadap Nursyafiqah.

Mahkamah turut membenarkan syarat tambahan yang dimohon oleh pihak pendakwaan untuk kedua-dua tertuduh.

Sebutan semula kes ini telah ditetapkan pada 3 Januari tahun hadapan untuk proses selanjutnya.

Media sebelum ini melaporkan beberapa individu termasuk pegawai bank ditahan menerusi Op Sky.

Operasi khas tersebut merupakan siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang membabitkan syarikat perunding kewangan yang dilaksanakan oleh SPRM. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings