the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

120 mangsa banjir di dua negeri setakat tengah hari – NADMA

KUALA LUMPUR: Seramai 120 mangsa banjir masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Sarawak setakat tengah hari ini.

Berdasarkan laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), dua PPS di Betong, Sarawak yang menempatkan 404 orang daripada 120 keluarga telah ditutup.

Hanya satu PPS di Bintulu yang menempatkan 55 mangsa daripada 27 keluarga masih beroperasi.

Mangsa banjir di Johor pula kekal 65 orang daripada 19 keluarga yang berlindung di dua PPS di Segamat.

Sementara itu, tinjauan situasi di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa sungai berada pada paras bahaya iaitu Sungai Johor di Kota Tinggi, Johor; Sungai Kedah (Kota Setar, Kedah); Sungai Arau (Arau, Perlis); dan Sungai Terengganu (Hulu Terengganu, Terengganu).

NADMA turut memaklumkan sebanyak 18 jalan ditutup akibat banjir, jambatan rosak dan cerun runtuh antaranya Jalan Petri Jaya di Kota Tinggi, Johor; Jalan Raya Timur Barat di Hulu Perak, Perak dan Jalan Durian Mentangau di Dungun, Terengganu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings