the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

APMM Perak tahan 22 warga asing atas pelbagai kesalahan

IPOH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak menahan 22 nelayan warga asing kerana melakukan pelbagai kesalahan, di kedudukan 0.98 batu nautika tenggara Pulau Jarak pada Jumaat lepas.

Pengarah APMM Perak Kepten Maritim Mohd Hambali Ya’akup berkata sebuah bot nelayan pukat jerut dikesan berada di perairan berkenaan kira-kira pukul 10.40 pagi.

“Bot terbabit dikesan sedang leka melakukan aktiviti perikanan ketika KM Tugau melakukan rondaan rutin menerusi Op Sayong, Op Tanjung dan Op Tiris di sekitar perairan Perak.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan dikendalikan seorang tekong warga Thailand bersama empat kru warga Thailand dan 17 kru warga Kemboja berumur lingkungan 24 hingga 57 tahun dan mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Hambali berkata bagaimanapun, tekong terbabit gagal mengemukakan dokumen kelulusan penggunaan peralatan komunikasi serta beroperasi kurang dari 15 batu nautika dari daratan.

Menurut beliau, pemeriksaan lanjut turut menemukan kira-kira 60 liter cecair disyaki air ketum dan anggaran 200 kilogram ikan campur di atas bot berkenaan.

Mohd Hambali berkata kes disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana tidak mempunyai kelulusan penggunaaan radar dan peranti serta Akta Perikanan 1985 kerana beroperasi kurang dari 15 batu nautika.

“Selain itu, kes turut disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 kerana penyalahgunaan ketum termasuk mengimport, menjual, memproses dan lain-lain berkaitan bahan terbabit.

“Jika disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih empat tahun atau kedua-duanya sekali,“ katanya.

Beliau berkata kesemua nelayan yang ditahan serta bot, hasil tangkapan, peralatan menangkap ikan dan cecair disyaki air ketum yang dirampas diserahkan kepada pegawai penyiasat APMM untuk tindakan selanjutnya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings