the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tengku Zafrul: Prestasi ekonomi rakan dagang utama pengaruhi Malaysia, keadaan diunjur lebih baik pada 2024

KUALA LUMPUR: Malaysia yang mengamalkan perdagangan terbuka, turut terkesan apabila berlaku penguncupan ekonomi atau Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) rakan-rakan perdagangan utama negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (gambar).

Namun pada masa sama, beliau yakin unjuran pertumbuhan perdagangan dan KDNK Malaysia akan lebih baik pada 2024.

Malah, katanya walaupun 2023 merupakan tahun yang penuh dengan cabaran tetapi Disember lepas menyaksikan Malaysia mencatat lebihan dagangan selama 44 bulan berturut-turut sejak Mei 2020.

“Jumlah dagangan melepasi RM2 trilion untuk tahun ketiga berturut-turut, (tetapi) cabaran ekonomi seperti inflasi, pergolakan geopolitik dan gangguan rantaian bekalan telah memberi impak kepada hasil perdagangan Malaysia dan pertumbuhan KDNK,” katanya dalam catatan di laman X, hari ini.

Beliau berkata KDNK merupakan pengukur kepada kesihatan ekonomi negara dan selain penggunaan oleh kerajaan dan rakyat serta pelaburan, KDNK juga diwakili oleh perdagangan, yang merangkumi kedua-dua eksport dan import.

“Dari segi perdagangan, secara amnya, eksport (barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam negara dan dijual ke luar negara) akan meningkatkan KDNK manakala import untuk barangan dan perkhidmatan yang dibawa masuk ke dalam Malaysia akan mengurangkan KDNK,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau berkata, Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) juga telah mengurangkan unjuran pertumbuhan untuk perdagangan global kepada 0.8 peratus pada 2023 berbanding 2.7 peratus pada 2022.

“Sebagai sebuah negara perdagangan terbuka apabila nisbah perdagangan kita adalah 128 peratus kepada KDNK, tentu sekali Malaysia juga terkesan apabila berlaku penguncupan ekonomi atau KDNK rakan-rakan perdagangan utama kita,” katanya.

Beliau berkata terdapat pelbagai faktor lain yang mempengaruhi prestasi perdagangan Malaysia termasuk rakan-rakan dagang utama Malaysia yang juga mengalami penguncupan perdagangan dan penurunan dalam import global masing-masing.

Katanya antaranya ialah perdagangan keseluruhan China jatuh sebanyak 5 peratus pada 2023 berbanding tahun sebelumnya.

“Kelemahan ekonomi China dengan penurunan eksport sebanyak 4.6 peratus dan import sebanyak 5.5 peratus telah memberi impak kepada Malaysia kerana China adalah rakan dagangan terbesar Malaysia, yang menyumbang 17.1 peratus kepada jumlah perdagangan negara pada 2023,” katanya.

Beliau berkata jumlah nilai perdagangan antarabangsa Taiwan menguncup 13.6 peratus kepada US$784.35 bilion pada 2023 berbanding US$907.5 bilion pada 2022.

Selain itu, katanya perdagangan barangan negara G20 juga menguncup, apabila eksport turun sebanyak 3.1 peratus dan import sebanyak 2 peratus.

Tengku Zafrul berkata UNCTAD pula meramalkan penguncupan perdagangan global sebanyak 5 peratus bagi tahun 2023, atau kira-kira US$1.5 trilion kurang daripada pada tahun 2022.

Di rantau ASEAN, katanya eksport Thailand menurun sebanyak 1.0 peratus, lebihan dagangan Indonesia berkurangan sebanyak 32.4 peratus dan Singapura mengalami penurunan perdagangan barangan sebanyak 11.7 peratus pada 2023.

Beliau berkata pengukuhan dolar AS sepanjang tahun 2023 berbanding pelbagai mata wang, termasuk ringgit, telah memberi kesan terhadap prestasi perdagangan, kerana walaupun nilai eksport lebih kompetitif, namun kos import bagi bahan mentah juga meningkat.

Tengku Zafrul berkata kesemua faktor tersebut telah memberi impak kepada eksport utama Malaysia, seperti elektronik (E&E), minyak sawit dan komoditi yang lain, selain mempengaruhi baki perdagangan keseluruhan dan KDNK. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings