the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
30.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gabenor BNM: Prestasi semasa ringgit tidak cermin prospek positif ekonomi negara

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) berpandangan bahawa paras ringgit pada masa ini tidak mencerminkan prospek positif ekonomi Malaysia pada masa akan datang, kata Gabenornya Datuk Abdul Rasheed Ghaffour.

Beliau berkata, prestasi ringgit baru-baru ini sama seperti mata wang serantau lain, dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran.

“Antara faktor tersebut termasuklah pelarasan pasaran kepada jangkaan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang berubah-ubah, kebimbangan geopolitik dan ketidakpastian berkaitan dengan prospek ekonomi China.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Rasheed berkata pertumbuhan tahun ini akan didorong oleh permintaan luaran yang bertambah baik dan perbelanjaan kukuh dalam negeri.

Menurutnya unjuran terkini Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan bahawa perdagangan global akan meningkat daripada 0.4 peratus pada 2023 kepada 3.3 peratus pada 2024.

“Bagi Malaysia, eksport mencatatkan penambahbaikan yang stabil sejak suku keempat 2023. Malah, eksport bulan Januari 2024 yang diumumkan baru-baru ini juga positif (+8.7 peratus),” katanya.

Beliau berkata sektor pelancongan juga telah pulih dengan kukuh dan ketibaan pelancong pada 2024 dijangka mengatasi paras sebelum pandemik iaitu 26 juta.

“Momentum pelaburan juga meningkat berikutan pelaksanaan projek yang telah diluluskan dalam sektor swasta dan awam.

“Susulan perkembangan positif ini bersama-sama dengan komitmen Kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan struktur dan jangkaan bahawa kadar faedah akan diturunkan di negara-negara maju, kebanyakan penganalisis mengunjurkan ringgit akan menambah nilai pada tahun ini,” katanya.

Pada 5.15 petang, ringgit berada pada 4.7970/8015 berbanding dolar AS. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Banyan Group Residences Unveils Exclusive Banyan Tree Beach Residences Varuna at Laguna Phuket

PHUKET, THAILAND - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Banyan Group Residences has unveiled Banyan Tree Beach Residences Varuna, a collection of just eight beachfront townhomes within Laguna Phuket.

Novum Studio Secures New Funding to Launch Ahoy Project, an AI-Native Enterprise Transformation Platform,...

NEW YORK, USA - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Novum Studio, the company behind Frog - a Gen Z social app often described as a "new-generation Snapchat" - said it has raised a new round of funding and will use the proceeds to launch Ahoy Project, an AI-native enterprise communication and collaboration platform, with internal testing scheduled for July 2026.

Shorter Trips, More Meaningful Experiences: OZO Taps into the Rise of Micro-trips Across Asia-Pacific

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - As travellers across Asia-Pacific increasingly look for greater flexibility and balance in the way they travel, shorter and more frequent getaways are becoming a popular alternative to waiting for one long annual holiday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings