the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$113.4b pada 15 April 2024

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.4 bilion pada 15 April, 2024 berbanding dengan US$113.8 bilion pada 29 Mac, 2024.

Menurut bank pusat, paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.6 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa meliputi rizab mata wang asing berjumlah US$100.1 bilion, diikuti kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.7 bilion), emas (US$2.8 bilion) dan aset rizab lain (US$2.4 bilion).

Jumlah aset sebanyak RM630.93 bilion merangkumi emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM536.93 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.99 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.66 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM24.53 bilion), tanah dan bangunan (RM4.12 bilion) dan aset-aset lain (RM50.67 bilion).

BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM192 bilion), mata wang dalam edaran (RM172.25 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM142.29 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM6.09 bilion), deposit lain (RM63.64 bilion), kertas Bank Negara (RM20.70 bilion), peruntukan SDR (RM30.21 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.62 bilion).

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Powerwell proposes 116.1m bonus warrants to reward shareholders

The power distribution equipment manufacturer is rewarding shareholders with a five-year bonus warrant exercise that could also provide the group with additional working capital upon warrant conversion, without incurring borrowing costs.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings