the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 23, 2025
22.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kalendar akademik 2026 kembali ke Januari untuk sekolah KPM

KPM umum kalendar akademik 2026 bermula 11 Jan bagi Kumpulan A dan 12 Jan bagi Kumpulan B, kembali ke sesi persekolahan asal.

PUTRAJAYA: Kalendar Akademik Tahun 2026 bagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan akan bermula pada 11 Januari hingga 31 Disember 2026 bagi negeri Kumpulan A.

Kumpulan B pula akan memulakan sesi persekolahan pada 12 Januari hingga 31 Disember 2026 menurut Kementerian Pendidikan.

KPM memaklumkan bahawa Kalendar Akademik Tahun 2026 boleh dimuat turun melalui portal rasmi kementerian di pautan yang disediakan.

Kumpulan A melibatkan negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala Kumpulan B merangkumi sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.

Kejayaan mengembalikan semula sesi persekolahan kepada bulan Januari dilakukan secara berperingkat dan tertib tanpa mengganggu pengoperasian institusi pendidikan.

Ia adalah hasil perancangan rapi dan komitmen tidak berbelah bahagi warga pendidikan di semua peringkat.

Kementerian juga telah menyelaras tarikh-tarikh bagi cuti perayaan sepanjang tempoh sesi persekolahan tahun 2026.

Cuti perayaan tersebut melibatkan perayaan Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali, Pesta Kaamatan, Hari Gawai Dayak dan Krismas.

KPM memaklumkan usaha berkenaan mencerminkan tekad kementerian untuk terus mengutamakan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Gamble Tiki Burn Totally free! Report on the web Slot Video game

Set Incentives rather than Place Bonuses are two popular...

Dolphins Pearl Slot enjoy on the internet free of charge

ContentDolphin’s Pearl Casino slot games 2024 Free of charge...

Most Viewed

spot_img

Popular Categories