the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Program repatriasi migran: Lebih 10,000 pendatang asing dihantar pulang ke negara asal

PUTRAJAYA: Sebanyak 11,943 pendatang tanpa izin telah dihantar pulang ke negara asal masing-masing menerusi program Repatriasi Migran Jabatan Imigresen (JIM), kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh (gambar).

Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Ruslin berkata mereka telah selesai proses berkenaan selepas menjalani proses dokumentasi dan pembayaran kompaun oleh kedutaan masing-masing.

Beliau berkata kesemuanya adalah daripada 16,824 pendatang tanpa izin yang telah mendaftarkan diri dengan program Repatriasi Migran, sehingga semalam.

“Daripada jumlah yang didaftarkan itu, 12,495 adalah lelaki, wanita (3,728), kanak-kanak lelaki (310) dan kanak-kanak perempuan (291).

“Indonesia merekodkan jumlah pendatang tanpa izin tertinggi yang mendaftarkan diri dengan program ini iaitu 7,782 orang diikuti Bangladesh (2,530), India (2,454) dan Pakistan (1,617),” katanya.

Berkaitan kes pengabaian majikan terhadap 94 warga Bangladesh, Ruslin berkata mereka telah diserahkan kepada majikan terbabit bagi urusan penempatan pekerjaan dan urusan permohonan pas lawatan kerja sementara (PLKS).

“Kita tak tahan pekerja ini, banyak pihak media tidak dapat maklumat jelas. Kita (JIM) bawa mereka ke rumah perlindungan sebab mereka tidak menjurus kepada kesalahan di bawah Akta Imigresen.

“Ada dalam kalangan mereka memiliki dokumen, ada yang belum dapat pas lagi dan dalam proses untuk mendapatkan pas,” katanya.

Pada 27 Feb lepas, media melaporkan pihak berkuasa berjaya menyelamatkan 94 pekerja warga Bangladesh yang dilaporkan terabai tanpa disediakan pekerjaan dan penginapan yang kondusif oleh majikan sejak dibawa masuk ke negara ini pada November 2023 oleh sebuah syarikat pembinaan di Cheras, Selangor.

Dalam pada itu, Ruslin mengingatkan majikan agar tidak memegang pasport milik pekerja mereka bagi mengelak sebarang kesulitan sekiranya pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan terhadap pekerja terbabit ketika berada di luar premis pekerjaan.

“Majikan sebenarnya tidak boleh memegang dokumen (pasport) pekerja tersebut, sebab setiap kali pemeriksaan kita, kita dapati ada dalam kalangan pekerja warga asing, dia tidak ada dokumen (bersama mereka) sedangkan dokumen itu ada tetapi dipegang oleh majikan. Sepatutnya (pasport) dipegang oleh mereka (pekerja),” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings