the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bank Dunia gesa tindakan segera selamatkan nyawa penduduk Gaza di ambang kebuluran

KUALA LUMPUR: Kumpulan Bank Dunia menggesa tindakan segera untuk menyelamatkan nyawa kerana lebih separuh penduduk Gaza berada di ambang kebuluran, termasuk kanak-kanak dan warga emas.

“Kami menyertai komuniti antarabangsa dalam menggesa akses segera, percuma dan tanpa halangan kepada bekalan perubatan, makanan dan perkhidmatan penting kehidupan melalui semua cara yang ada pada kelajuan dan skala kepada penduduk Gaza,“ kata agensi yang berpangkalan di Washington itu dalam satu kenyataan pada Selasa.

Laporan terbaharu oleh Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa keseluruhan penduduk di Semenanjung Gaza atau kira-kira 2.23 juta orang menghadapi tahap keterjaminan makanan akut yang tinggi.

Menurut laporan itu, antara pertengahan Mac dan pertengahan Julai dalam senario yang paling mungkin dan di bawah andaian peningkatan konflik termasuk serangan darat di Rafah, separuh daripada penduduk Semenanjung Gaza atau kira-kira 1.11 juta orang dijangka berhadapan dengan situasi bencana.

Selain itu, kebuluran kini diunjurkan dan akan berlaku di utara Gaza dan wilayah-wilayah lain serta dijangka berlaku dari pertengahan Mac 2024 hingga Mei 2024.

Kumpulan Bank Dunia berkata lembaga pengarahnya pada Dis 2023 meluluskan dana US$35 juta kepada rakan kongsi pembangunan yang aktif di Gaza.

Rakan kongsi itu termasuk Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Program Makanan Sedunia (WFP) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ini termasuk pakej US$10 juta untuk WFP membeli bungkusan makanan dan baucar untuk mencapai anggaran 377,000 orang, katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings