the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Agong mulakan cara pemerintahan sebenar selepas tamat tempoh “bulan madu”

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah akan memulakan cara pemerintahan baginda yang sebenar selepas tempoh “bulan madu” tamat, kurang dua minggu lagi.

Menerusi status yang dimuat naik di akaun Facebook “Sultan Ibrahim Sultan Iskandar” hari ini, baginda bertitah akan tegas dalam memikul amanah Raja-Raja Melayu untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara.

“Saya bukan patung untuk disembah atau dijadikan perhiasan dalam majlis atau dipaksa mengikut segala kata dan kehendak menteri.

“Kurang dari dua minggu lagi, akan genap dua bulan saya memegang tampuk Ketua Negara. Apabila habis tempoh ‘bulan madu’ ini, saya akan mulakan cara pemerintahan saya yang sebenar,“ titah Seri Paduka Baginda.

Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Titah Diraja sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Bagi Tahun 2024 di Istana Negara hari ini, yang turut menyaksikan keberangkatan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Berhubung pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat, Sultan Ibrahim bertitah pengurniaan itu adalah untuk memberi pengiktirafan kepada individu yang telah berjasa, mencurahkan khidmat bakti atau menyumbang kepada Wilayah Persekutuan, dengan pemilihan teliti telah dibuat.

“Saya sendiri telah meneliti setiap calon yang disediakan Jawatankuasa Pemilihan dan tahun ini saya membuat keputusan hanya 36 orang penerima sahaja benar-benar layak untuk dianugerahkan,“ titah Seri Paduka Baginda.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings