the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Skim baharu penstrukturan beras padi negara diumum dalam masa terdekat – Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR: Skim baharu penstrukturan beras dan padi negara akan diumumkan dalam tempoh terdekat selepas kerajaan selesai mendapatkan pandangan semua pihak menerusi sesi libat urus yang sedang diadakan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata skim penstrukturan itu perlu bagi memperbanyakkan bekalan kerana pengeluaran beras putih tempatan hanya 62 peratus di negara ini dengan 50 peratus diedarkan untuk pasaran.

“Ini merupakan penyusunan jangka masa panjang kerana masalah (bekalan) beras putih ini akan tetap bermasalah selagi kita tidak cukupkan beras di Malaysia. Sebab itu, semua pihak termasuk Ahli-Ahli Parlimen akan dilibatkan dalam sesi libat urus agar mereka boleh memberikan pandangan.

“Ini adalah masalah negara, bukan masalah parti atau masalah kaum tetapi masalah negara yang menuntut penyelesaian bersama kerana siapa sangka musim panas yang mendadak pada tahun ini misalnya boleh menyebabkan kekurangan hasil,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang ingin tahu langkah luar biasa yang akan dilakukan kerajaan bagi mengatasi isu kekurangan beras putih tempatan di pasaran ketika ini.

Mohamad berkata mengikut perancangan, kementerian berhasrat untuk membuka ladang-ladang baharu di Sarawak, Sabah, Johor, Perak dan Pahang untuk memperbanyakkan lagi bekalan beras putih dalam negara.

“… sebab kalau tidak dan nak dijual dengan harga yang sedia ada, akan berlaku berbagai-bagai tuduhan yang mengatakan ada beras campur dan sebagainya. Jadi permasalahan ini berterusan tapi kita bukan nak lihat perkara ini (tumpu masalah saja) sebaliknya kita kena cari jalan penyelesaian yang boleh melegakan semua pihak,” katanya.

Menjawab soalan tambahan dari Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) yang ingin tahu sama ada kerajaan merancang untuk memberikan wang pesawah yang terkesan dengan musim panas dan kering di Kota Belud dan Papar ketika ini, Mohamad berkata perkara itu tertakluk kepada penilaian jawatankuasa penilaian Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP).

“Kadar bantuan diberikan kepada pesawah menerusi TBTP ini adalah sebanyak RM876 per hektar dengan jumlah maksimum bantuan kepada pesawah yang layak adalah terhad kepada kawasan musnah seluas tiga hektar.

“Tahun lalu, sebanyak RM12 juta telah disalurkan dan untuk Sabah, ia (pemberian bantuan) melibatkan kawasan seluas 219 hektar khususnya di Kota Belud,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings