the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
29.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Agong, Raja Permaisuri berbuka puasa bersama pemimpin Kerajaan Perpaduan, perwakilan asing

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama pemimpin Kerajaan Perpaduan serta perwakilan asing di Istana Negara di sini malam ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir pada majlis itu yang turut disertai kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Barisan Kabinet yang hadir termasuk Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil serta timbalan-timbalan menteri.

Selain itu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal.

Perwakilan asing yang hadir pula antaranya dari Jordan, Arab Saudi, Mesir, Qatar, Turkiye, Palestin, Rusia, Azerbaijan, Indonesia dan Brunei.

Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah turut berkenan menunaikan solat maghrib berjemaah bersama tetamu dengan diimamkan oleh Pegawai Agama Istana Datuk Munir Md Salleh di Surau Utama Istana Negara.

Ini merupakan majlis berbuka puasa pertama Sultan Ibrahim bersama pemimpin Kerajaan Perpaduan sejak Seri Paduka Baginda mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan lepas. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

KBS assessing possibility of Malaysia hosting F1 race

KBS is actively holding discussions and conducting assessments on the possibility of hosting a Formula 1 (F1) race at the Sepang International Circuit (SIC) to replace the Bahrain Grand Prix (GP) this October.

Novum Studio Secures New Funding to Launch Ahoy Project, an AI-Native Enterprise Transformation Platform,...

NEW YORK, USA - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Novum Studio, the company behind Frog - a Gen Z social app often described as a "new-generation Snapchat" - said it has raised a new round of funding and will use the proceeds to launch Ahoy Project, an AI-native enterprise communication and collaboration platform, with internal testing scheduled for July 2026.

Shorter Trips, More Meaningful Experiences: OZO Taps into the Rise of Micro-trips Across Asia-Pacific

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - As travellers across Asia-Pacific increasingly look for greater flexibility and balance in the way they travel, shorter and more frequent getaways are becoming a popular alternative to waiting for one long annual holiday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings