the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rafizi: Individu berisiko tercicir pusingan pertama PADU jika tidak kemas kini data

PUTRAJAYA: Individu yang layak mendapat bantuan kerajaan tetapi tidak mengemas kini data dalam Pangkalan Data Utama (PADU) sehingga akhir bulan ini berisiko tercicir daripada pusingan pertama penentuan kelayakan bantuan selepas program subsidi bersasar dilaksanakan.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli (gambar) berkata individu yang tercicir perlu menunggu pusingan seterusnya apabila PADU dibuka kembali untuk kemas kini pada peringkat kekerapan berkala yang akan ditentukan oleh kerajaan.

Beliau berkata pengemaskinian PADU hingga 31 Mac ini ialah supaya data sedia ada digarap dan pembangunan algoritma boleh dilakukan untuk menentukan parameter kelayakan antaranya pendapatan boleh guna, perbelanjaan asas kehidupan wajar keluarga serta pendapatan boleh guna bersih.

“Kita mesti mengikut garis masa yang tepat untuk pelaksanaan program subsidi bersasar dan garis masa itu menetapkan data mesti tersedia menjelang 31 Mac 2024… sebab itu kita benarkan kemas kini sekali sahaja supaya data sedia ada itu digarapkan,“ katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Rafizi berkata ketersediaan data itu akan digunakan sebagai rujukan untuk kerajaan membuat keputusan mengenai program subsidi bersasar.

Beliau berkata fasa seterusnya ialah membina API (Antara Muka Pemprograman Aplikasi) supaya lebih 300 pangkalan data kerajaan akan dihubung dan dikemas kini secara automatik di dalam PADU.

“Itu maksud kita ke arah mewujudkan satu pangkalan data kerajaan yang dikemas kini menghampiri masa nyata,“ katanya.

Sementara itu, Rafizi menyangkal dakwaan sebuah portal berita yang melaporkan bahawa orang ramai mencari kaunter fizikal untuk mendaftar di PADU kerana mereka mungkin kecewa dengan sistem dalam talian namun mendapati beberapa kaunter perkhidmatan pendaftaran ditutup.

Menjelaskan isu itu, beliau berkata pasukan PADU dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berada di lapangan sejak minggu pertama Januari lepas dan mendapati membuka kaunter di lokaliti adalah lebih efisien daripada orang ramai hadir ke pejabat kerajaan seperti Pusat Transformasi Bandar atau pejabat DOSM selain tenaga kerja yang terhad untuk membuka kaunter tetap.

“Sejak Januari hingga Februari, kita terima banyak permintaan daripada persatuan penduduk, wakil rakyat serta pertubuhan bukan kerajaan supaya pasukan PADU dan DOSM buka kaunter di kawasan mereka. Oleh itu, adalah lebih baik kita bertemu mereka berbanding pegawai tunggu di kaunter atau pejabat-pejabat kerajaan.

“Contohnya di DOSM Selangor yang buka tujuh hari seminggu dari pagi sampai ke malam. Jadi adalah tidak benar untuk menyatakan bahawa kaunter-kaunter ditutup seolah-olah pegawai tidak buat kerja, itu adalah tidak benar,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings