the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perak catat 880 kes kemalangan di tempat kerja tahun lepas

IPOH: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak merekodkan sebanyak 880 kes kemalangan di tempat kerja sepanjang tahun 2023, menurut Pengarah JKKP Perak Dr Rabaayah Daud.

Beliau berkata daripada jumlah itu kemalangan maut merekodkan 13 kes berbanding 20 kes pada tahun 2022.

“Daripada jumlah itu 39 kes melibatkan hilang upaya kekal, 829 kes tidak hilang upaya kekal dan sektor pembuatan atau pengilang menjadi penyumbang utama termasuk sektor perhutanan, pertanian dan perikanan.

“Bagi tahun ini sehingga Mac lepas, sebanyak 259 kes kecederaan dilaporkan dan dua daripadanya kes maut, lapan kes hilang upaya kekal dan 249 tidak hilang upaya kekal,“ katanya kepada Bernama sempena Sambutan Aidilfitri JKKP Perak di Bangunan Seri Kinta dekat sini.

Rabaayah berkata masalah pendengaran akibat terdedah dengan bunyi bising turut merekodkan kes tertinggi pelaporan penyakit dan keracunan pekerjaan di Perak.

“Statistik berkaitan penyakit dan keracunan pekerjaan merekodkan 905 kes yang dilaporkan kepada kami dengan masalah hilang pendengaran merupakan kes tertinggi iaitu 850 kes merangkumi 94 peratus.

“Tahun 2022 kita rekodkan 695 kes daripada 722 kes yang dilaporkan berbanding 888 kes pada 2021 dan sejak dulu kes ini memang antara paling banyak pelaporan dan setakat Mac tahun ini 194 kes pelaporan penyakit dan keracunan pekerjaan diterima,“ katanya.

Beliau berkata JKKP Perak telah mengeluarkan 2, 866 surat arahan dan 658 notis dengan 52 kesalahan direkod di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967 membabitkan kompaun RM183,000 serta 31 tindakan mahkamah dengan jumlah denda RM369,400.

“Bagi tiga bulan pertama tahun ini, sebanyak lima kompaun sudah dikeluarkan dengan jumlah kompaun RM21,000 namun setakat ini tiada lagi tindakan pendakwaan di mahkamah.

“Kita turut sarankan kepada semua majikan, pekerja dan pihak berkepentingan dapat memberi komitmen serta kerjasama dalam menurunkan kadar kes, kemalangan di tempat kerja selaras dengan penguatkuasaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 yang akan mula dikuatkuasakan 1 Jun 2024 dengan peningkatan denda antara RM100,000 hingga RM500,000,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Pandastic Summer Birthday Celebration at Ocean Park Chance to win the all-new MAXUS...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Ocean Park is set to ignite a summer of joy with the Pandastic Summer Birthday Celebration for its entire family of six beloved giant pandas, running from now until 31 August 2026.

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings