the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nanta: Surat batal PJD Link Expressway diserahkan dalam masa terdekat

KUALA LUMPUR: Satu surat rasmi akan diberikan dalam masa terdekat kepada pemaju berhubung pembatalan projek pembinaan Lebuhraya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link Expressway).

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (gambar) berkata perkara itu akan dilakukan susulan keputusan Jemaah Menteri semalam yang memutuskan bahawa projek pembinaan PJD Link Expressway tidak akan diteruskan lagi.

“Projek PJD Link sepertimana yang dinyatakan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil semalam memang itulah keputusan Kabinet … tepatlah yang dinyatakan (bahawa) PJD Link ini sudah terbatal sebab ia telah diberi tempoh.

“Jadi, semasa tempoh itu tamat ia tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang diperlukan … oleh sebab itu, ia sudah terbatal dengan sendirinya,” katanya kepada media pada Majlis Interaksi dan Sambutan Aidilfitri Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan anak syarikat bersama industri di Pusat Konvensyen CIDB hari ini.

Dalam pada itu, Nanta berkata setakat ini, pihaknya tidak pasti sama ada kerajaan perlu membayar sebarang pampasan kepada pemaju berhubung pembatalan projek terbabit.

“Buat masa sekarang, saya belum pasti lagi. Kita tengoklah … saya ingat mungkin tak ada, sebab itu kita perlu semak,“ katanya.

Sementara itu, pemaju PJD Link (M) Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini memberitahu syarikat itu mengambil maklum pengumuman Kabinet mengenai projek PJD Link dan menunggu untuk dimaklumkan secara rasmi oleh kerajaan.

“Syarat yang tidak dipenuhi sepertimana dikatakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, sebenarnya disebabkan oleh syarat duluan atau Conditions Precedent (CP) yang mengambil masa lebih lama daripada jangkaan kerana kerumitan projek berkenaan.

“Kami bersungguh-sungguh dengan peluang untuk menangani sebarang salah tanggapan berhubung PJD Link dan terlibat dalam perbincangan berterusan tentang projek infrastruktur penting ini, yang menjanjikan manfaat sosioekonomi yang ketara dan berkekalan,“ menurut kenyataan itu.

PJD Link ialah pemegang konsesi bagi cadangan PJD Link Expressway iaitu lebuh raya berkembar dua lorong sepanjang 25.4 kilometer yang bermula selepas plaza tol NKVE di Lebuhraya SPRINT, Damansara dan berakhir di persimpangan Lebuhraya Bukit Jalil.

Semalam, Fahmi memaklumkan Jemaah Menteri memutuskan bahawa projek pembinaan PJD Link Expressway tidak akan diteruskan selepas pemajunya, PJD Link (M) Sdn Bhd tidak memenuhi sejumlah syarat yang diperlukan.

Beliau berkata keputusan itu sekali gus menyaksikan tiada pelanjutan masa selepas syarat-syarat yang ditetapkan masih gagal dipenuhi oleh pemegang konsesi projek terbabit.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings