the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penumpang terkandas kecewa, tunggu penerbangan dijadualkan semula

KUCHING: Pengusaha bengkel Wan Azizul Wan Zainal Abidin, 40, berharap hasratnya untuk menunaikan umrah akan terlaksana meskipun kecewa penerbangan asalnya ke Jeddah dibatalkan susulan letusan Gunung Ruang hari ini.

Bercakap kepada Bernama, beliau yang diiringi isterinya Nurul Hidayah Abdullah, 39, untuk pertama kali mengerjakan umrah, sama sekali tidak menduga akan diuji sedemikian sebelum dapat menjejakkan kaki di tanah suci.

“Jadual asalnya penerbangan akan berangkat 1.30 tengah hari tapi pada kira-kira 8.00 pagi tadi saya menerima SMS (mesej pesanan ringkas) mengatakan penerbangan itu dibatalkan dan kami dipindahkan untuk berangkat 3.15 petang.

“Dalam tengah hari tadi saya menerima satu lagi SMS mengatakan penerbangan 3.15 petang itu juga dibatalkan dan kini saya berharap penerbangan seterusnya 8.45 malam akan dapat berangkat,” katanya yang telah menunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) sejak 9.30 pagi tadi.

Menurutnya, penerbangan terus yang sepatutnya dinaiki mereka dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jeddah esok dibatalkan dan setakat ini, mereka dijadualkan semula untuk menggunakan satu lagi penerbangan dari KLIA yang singgah di Jakarta terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Jeddah.

Pasangan itu antara ribuan penumpang yang terkandas di KIA susulan keputusan syarikat penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia dan Batik Air membatalkan semua penerbangan di antara Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak susulan letusan Gunung Ruang di Indonesia wilayah Sulawesi Utara.

Seorang lagi penumpang, Juliana Jering, 48, yang telah berada di bandar raya ini sejak beberapa hari lepas bagi menemani suaminya menjalani rawatan di Hospital Umum Sarawak, berkata beliau berasa terkilan dengan keputusan berkenaan memandangkan ketika itu mereka hanya menunggu untuk berlepas ke Bintulu di utara negeri ini.

“Sudahlah suami saya baru sahaja keluar dari hospital umum pagi tadi dan perlu mengikuti rawatan susulan di Hospital Bintulu. Sekarang kami terpaksa merujuk semula kepada pihak hospital untuk langkah seterusnya,“ katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu penumpang Muhammad Iqbal Zolkipli, 39, mendakwa tidak mendapat sebarang e-mel atau notifikasi daripada pihak penerbangan mengenai pembatalan tersebut dan hanya mengetahui tentang perkara itu setelah tiba di lapangan terbang tengah hari tadi.

Beliau berkata penumpang yang terjejas perlu ke kaunter tiket untuk mengemas kini butiran dan perlu membuat perubahan kepada mana-mana tarikh perjalanan baharu dalam tempoh 30 hari dari tarikh berlepas.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata syarikat penerbangan bertanggungjawab membantu penumpang terkandas berikutan pembatalan penerbangan mereka.

“Semua yang terkandas pastinya akan ada penerbangan lain untuk mereka, sebaik sahaja dibenarkan. Pada masa ini, faktor keselamatan perlu diutamakan…supaya tidak berlaku musibah yang lain, oleh itu penerbangan ditunda dulu,” katanya kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran pihaknya di sini hari ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings