the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Letshanaa: Cabar handalan dunia jadi kayu ukur prestasi sebenar

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan wanita negara, K. Letshanaa (gambar) tidak akan mensia-siakan peluang seandainya dijadual berdepan pemain handalan dunia dalam siri Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bagi mengukur tahap sebenar prestasinya.

Juara Cabaran Antarabangsa Uganda 2023 itu, bagaimanapun, menyedari ia bukan tugas mudah sekiranya diundi bertemu mereka seawal pusingan pertama sepanjang tempoh kelayakan Sukan Olimpik 2024 berlangsung sehingga April ini.

Beliau berkata kejohanan Thailand Masters dari 31 Jan hingga 5 Feb ini merupakan medan pertama baginya mempamerkan keupayaan musim ini namun perlu melepasi peringkat kelayakan terlebih dahulu ketika menentang Ines Lucia Castillo Salazar dari Peru sekiranya berhasrat beraksi dalam undian utama.

“Sejak berlangsung kelayakan Olimpik, setiap kejohanan adalah sangat sukar dengan kehadiran kelompok 20 pemain terbaik dunia. Ia sangat sukar untuk mara ke suku akhir atau separuh akhir tetapi sya harap melakukan kejutan.

“Saya mahu mencabar pemain handalan and mengukur standard permainan dengan mereka,” katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Letshanaa turut mengakui rejim latihan diterapkan ketua jurulatih perseorangan wanita negara, K. Yogendran semenjak mengemudi pasukan pertengahan tahun lepas banyak memperbaiki strategi serta corak permainan ditampilkan ketika bertemu lawan mereka.

Justeru pemain ranking ke-60 dunia itu memasang impian besar untuk memperbaiki kedudukan dengan menempatkan diri dalam kelompok 40 terbaik dunia terutamanya apabila kini bebas daripada sebarang kecederaan.

“Saya boleh menyesuaikan diri dengan gaya bimbingannya (Yogendran) dan menyerap apa yang dia mahu daripada saya. Saya rasa ia menjadi lebih mudah berbanding tahun lepas kerana persefahaman antara kami agak baik.

“Saya juga teruja untuk memulakan tahun ini tanpa kecederaan. Saya mahu menikmatinya tanpa banyak tekanan kerana saya mahu memberikan yang terbaik terlebih dahulu dan melihat apa hasilnya,” katanya.

Letshanaa sebelum ini pernah meninggalkan pasukan kebangsaan pada Februari 2022 susulan kecederaan belakang yang dialaminya sebelum kembali menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Februari 2023.

Sementara itu, Yogendran memaklumkan pihaknya akan menghantar pemain perseorangan wanita menyertai sebanyak mungkin kejohanan tahun ini bagi membolehkan mereka mendapat pengalaman baharu namun mengakui sedikit sukar apabila ranking anak buahnya tidak mencukupi dalam tempoh kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024.

“Saya ada empat pemain di bawah jagaan sekarang iaitu Letshanaa, Wong Ling Ching, Siti Nurshuhaini Azman dan seorang pemain junior. Saya boleh nampak tahap kualiti mereka meningkat tetapi untuk memastikan mereka sentiasa memperbaiki diri, mereka kena keluar bertanding dalam kejohanan,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings