the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Suami isteri disyaki seleweng kutipan zakat RM9.62 juta dibebas dengan bon mahkamah

IPOH: Pasangan suami isteri yang ditahan kerana disyaki menyeleweng kutipan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) berjumlah RM9.62 juta dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah hari ini.

Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan membenarkan permohonan polis untuk membebaskan lelaki berusia 50 tahun dan isterinya berumur 53 tahun itu dengan jaminan bon di bawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah sebanyak RM50,000 seorang.

Terdahulu, pasangan itu yang berpakaian biasa tiba di Mahkamah Majistret di sini dengan diiringi anggota polis pada 9.30 pagi.

Mereka kemudian dibebaskan kira-kira 20 minit kemudian.

Sebelum ini, Mahkamah Majistret di sini membenarkan suspek ditahan reman tujuh hari mulai 6 Jan lepas bagi membantu siasatan, kemudian tempoh reman tersebut dilanjutkan kepada 12 Jan, iaitu tiga hari lagi sehingga semalam.

Pasangan suami isteri itu yang dilantik sebagai ejen kutipan zakat MAIPk, ditahan di Kuala Lumpur kira-kira 12.35 tengah hari pada 5 Jan lepas. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings