the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SPRM tahan reman tiga pemilik syarikat termasuk dua bergelar Datuk

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menahan tiga pemilik syarikat termasuk dua bergelar Datuk selepas disyaki memberi rasuah kepada penjawat awam untuk tidak mengambil tindakan terhadap kes penyeludupan tembakau, rokok dan arak melalui pintu masuk negara.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek lelaki berusia 30 dan 40-an ditahan kira-kira jam 11.30 malam tadi selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Majistret Khairunnisa Kasa membenarkan seorang lelaki direman selama tiga hari sehingga Ahad ini manakala dua individu yang berpangkat Datuk direman sehari selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini.

Menurut sumber, kesemua suspek ditahan dan direman susulan daripada operasi khas yang dijalankan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) bermula Isnin lepas.

“Mereka yang ditahan dipercayai memberi wang rasuah kepada penjawat awam yang terlibat dan telah melakukan perbuatan tersebut sejak tahun 2018 hingga 2023,“ katanya.

Susulan operasi itu, AML SPRM turut menyita pelbagai barangan seperti telefon bimbit, komputer riba, komputer peribadi, wang tunai, rumah dan beberapa buah kereta mewah.

Difahamkan, sindiket tersebut dipercayai menggunakan modus operandi dengan menggunakan akaun keldai bagi melakukan transaksi pembayaran wang rasuah kepada penjawat awam yang bersekongkol dengan mereka.

Sementara itu, SPRM turut mendapat kebenaran untuk menyambung reman dua lagi suspek yang telah ditahan pada Isnin dan Selasa lepas berhubung kes sama.

Perintah reman selama satu hari bermula hari ini terhadap kedua-dua suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an dan 40-an dikeluarkan oleh Majistret Khairunnisa.

Pengarah AML SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman tiga suspek tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009.

Selasa lepas, media melaporkan SPRM menahan empat penjawat awam kerana disyaki menerima rasuah lebih RM5 juta daripada sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan arak secara haram melalui pintu masuk negara. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings