the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hospital Petra Jaya dijangka siap 2025

KUCHING: Projek pembinaan Hospital Petra Jaya di sini dijangka siap pada Ogos tahun depan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata hospital yang pernah dikategorikan sebagai ‘projek sakit’ itu sudah mencapai kemajuan sebanyak 54 peratus setakat ini.

“Setakat ini pencapaian pembinaan sangat baik dan telah siap 90 hari mendahului jadual. Kita anggarkan (siap) Ogos 2025 namun jika prestasi kerja baik mungkin akan siap lebih awal.

“Setelah siap pembinaan nanti, kita memerlukan masa kira-kira tiga ke empat bulan lagi untuk proses memasukkan peralatan-peralatan perubatan ke dalam bangunan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak projek hospital itu, hari ini.

Projek Hospital Petra Jaya yang bermula 2013 dijadualkan siap pada November 2016, namun telah tertangguh berikutan kelewatan pembinaan. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Norway files formal FIFA complaint over Balogun ban

Norway’s football chief says they will seek board backing to lodge a formal complaint with FIFA’s ethics committee over the suspension of Folarin Balogun’s World Cup ban.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings