the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki cedera jatuh gaung sedalam 10 meter di Gerik

IPOH: Seorang lelaki mengalami kecederaan tulang belakang apabila terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 10 meter di Hentian Rehat dan Rawat Bintang Hijau Sungai Rui, Gerik hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata Mohd Khusyairi Mat Jazan, 38, terjatuh semasa melakukan kerja-kerja penyelenggaraan paip di tepi jalan.

Beliau berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik menerima panggilan pada 1.12 tengah hari tadi dan tiba di lokasi kejadian sejauh 22 kilometer kira-kira 25 minit kemudian.

“Anggota bomba melaksanakan kerja-kerja penyelamatan dengan menggunakan peralatan pengusung dan tali seterusnya membawa mangsa naik ke bahu jalan.

“Mangsa yang mengalami kecederaan pada tulang belakang diserahkan kepada pihak petugas kesihatan untuk tindakan selanjutnya,“ katanya sambil menambah operasi tamat pada 1.50 tengah hari.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings