the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Konsep Payung Rahmah diperluas dengan penyertaan swasta dan industri

PUTRAJAYA: Konsep Payung Rahmah diperluaskan dengan pengenalan inisiatif Ihsan Rahmah melibatkan penyertaan pihak swasta dan industri, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali (gambar).

Beliau berkata melalui inisiatif berkenaan, pihak swasta dan industri boleh memperkenalkan sebarang program berbentuk ihsan kepada komuniti serta pekerja seperti pemberian diskaun, rebat dan pulangan tunai.

Menurutnya kerajaan bersetuju Konsep Payung Rahmah pada 2024 bukan hanya di peringkat kerajaan sahaja, tetapi juga dibuka ruang kepada pihak swasta dan industri untuk memperkenalkan program sendiri dengan berpandukan garis panduan pelaksanaan Konsep Payung Rahmah.

“Ia merupakan permintaan daripada pihak swasta dan industri yang berminat untuk perkenal inisiatif berbentuk ihsan kepada masyarakat dan kakitangan mereka,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di sini hari ini.

Armizan berkata penyertaan pihak swasta dan industri itu berupaya memastikan agenda kerajaan dalam menangani cabaran kos sara hidup dapat memanfaatkan seluruh rakyat negara ini.

“Untuk tahun ini, peruntukan sebanyak RM200 juta bagi pelaksanaan program Payung Rahmah, tetapi untuk mencakupi lebih 30 juta rakyat pastinya mustahil. Sebab itu kita buka penyertaan kepada pihak swasta dan industri,” katanya.

Pada 2023, KPDN telah melaksanakan lima inisiatif di bawah Konsep Payung Rahmah iaitu Program Jualan Rahmah (PJR), Menu Rahmah, Bakul Rahmah, Kafe Rahmah dan Pakej Rahmah.

Mengenai PJR yang diperkenalkan Januari tahun lepas, Armizan berkata takwim PJR dimuat naik di portal rasmi KPDN https://www.kpdn.gov.my bagi membolehkan rakyat mengetahui tarikh dan lokasi PJR lebih awal.

“Kita juga bersetuju untuk tawarkan barangan basah di PJR, anjur Program Jualan Ihsan Rahmah (PJIR) pada musim perayaan dan memperluaskan bazar Ramadan,” katanya mengenai penambahbaikan PJR.

Sementara itu, Armizan berkata KPDN akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung pengisian penuh terhadap perjawatan sedia ada untuk penguat kuasa.

Beliau berkata ketika ini jumlah anggota penguat kuasa KPDN sebanyak 2,200 orang di seluruh negara dan bilangan itu masih tidak mencukupi.

“Kita (KPDN) mohon JPA untuk benarkan kita buat pengisian penuh perjawatan sedia ada dalam waran. Kita bukan mohon untuk perjawatan baharu,“ katanya.

Armizan berkata sudah tiba masanya bilangan anggota penguat kuasa KPDN itu ditambah berdasarkan keadaan semasa serta mengambil kira faktor skop tugasan yang semakin meluas terutama apabila subsidi bersasar dilaksanakan tahun ini.

“Bahagian Penguatkuasa KPDN ini bertanggungjawab untuk menguatkuasakan 12 akta yang ada di bawah KPDN. Ini tanggungjawab yang besar,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings