the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
30.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Luas: Penganjur rumah terbuka diminta cermat urus sisa buangan

SHAH ALAM: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menyarankan penduduk yang ingin menganjurkan rumah terbuka sempena Aidilfitri menguruskan sisa buangan dengan lebih cermat bagi mengelak berlakunya gangguan bekalan air ketika musim perayaan.

Menerusi hebahan di laman Facebooknya, LUAS menggariskan beberapa panduan yang boleh diikuti penganjur rumah terbuka antaranya memastikan sisa makanan dan sampah pepejal dikumpul dan dibuang ke tempat pelupusan sampah untuk dilupuskan pihak berkuasa bagi mengekang pencemaran.

“Selain itu, mereka yang mengadakan rumah terbuka juga diingatkan agar tidak sesekali membuang sisa makanan atau sampah ke dalam sungai.

“Pembuangan sisa makanan dan sampah ke dalam sungai adalah dilarang sama sekali kerana boleh menyebabkan pencemaran sungai yang mendorong kepada masalah gangguan air di musim perayaan,” menurut agensi berkenaan.

Menurut LUAS, minyak masak yang telah digunakan juga hendaklah dikumpulkan dan dibawa ke pusat kitar semula untuk mengelakkan pembuangannya ke dalam sinki atau longkang.

Agensi itu turut mengingatkan penduduk agar tidak membuang sebarang buangan yang telah dikumpulkan terus ke dalam sungai yang boleh menyumbang kepada pencemaran air ketika membersihkan kediaman masing-masing.

Orang ramai yang melihat sebarang aktiviti mencurigakan yang berpotensi mengakibatkan permasalahan sumber air diminta menghubungi LUAS di talian 03-55111800 atau 0192647904 (WhatsApp) untuk tindakan lanjut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Singapore’s Largest Pet Event Returns Bigger Than Ever with Singapore Pet Festival 2026

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Pet lovers can look forward to the return of SG Pet Festival 2026, Singapore's largest pet exhibition, happening from 31 July to 2 August 2026 at Marina Bay Sands Convention Centre, Halls A, B, C & D.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings