the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JPNS: Kupang di PD masih tidak selamat dimakan

SEREMBAN: Kupang di Port Dickson masih tidak selamat untuk dimakan dan larangan penjualannya kepada pengusaha atau nelayan masih dilaksanakan, kata Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS) Kasim Tawe.

Beliau berkata hasil analisis sampel kedua kupang dan air diambil daripada perairan Port Dickson oleh makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur masih mengesan biotoksin melebihi kadar had pengambilan yang selamat.

“Kami perlukan tiga ujian untuk mengenal pasti sama ada nak teruskan atau batalkan larangan mengambil serta menjual kupang dari lokasi terbabit. Sampel ketiga sudah diambil hari ini dan dijangka Jumaat ini untuk keputusannya.

“Jadi, buat masa ini kupang di kawasan itu masih tidak selamat untuk dimakan dan larangan penjualannya kepada pengusaha atau nelayan masih dilaksanakan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata kadar biotoksin yang dikesan dalam sampel kedua lebih rendah berbanding sampel pertama namun ia masih belum mencapai kadar selamat untuk manusia iaitu 800 per bilion (ppb).

Kasim berkata kehadiran biotoksin di perairan terbabit juga berlaku secara semula jadi dan berkemungkinan dipercepatkan oleh perubahan cuaca atau kandungan nutrien air laut di perairan itu.

Pada 4 April lepas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) DOF Wan Aznan Abdullah dilaporkan berkata hasil analisis makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur mendapati terdapat alga berbahaya yang menyebabkan kupang di perairan Port Dickson dicemari dan tidak selamat dimakan.

Beliau berkata sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari biotoksin serta alga spesies Prorocentrum, Alexandrium dan Pseudonitzschia berbahaya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings