the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Remaja maut motosikal rempuh belakang treler

KUALA TERENGGANU: Seorang remaja lelaki maut manakala adik dan sepupunya cedera selepas motosikal yang ditunggang mangsa terbabas lalu merempuh belakang sebuah treler di Kampung Kepong, di sini kira-kira 2.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pihaknya menerima laporan kematian Muhammad Alauddin Shammunaha, 16, daripada bapa mangsa pada 5.44 pagi tadi.

“Kejadian berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa dalam perjalanan ke tempat pembuangan sampah di kampung itu manakala treler berkenaan sedang diparkir di kaki lima di hadapan Loji Air Kepong 1.

“Siasatan awal mendapati setibanya di tempat kejadian motosikal mangsa tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelum melanggar bahagian belakang treler berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata nahas itu menyebabkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin itu cedera dan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada 4 pagi tadi dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan ‘Head Injury Due to Traffic Crash’.

“Adik mangsa Muhammad Adam Haiy,14, luka di tangan dan kaki manakala sepupu mangsa Muhammad Afi Haikal Abdul Malik,16, pula cedera di kaki,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings