the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JPJ sita 20 motosikal ditunggang warga asing

BUKIT MERTAJAM: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang menyita 20 motosikal yang ditunggang warga asing dalam Ops Khas Motosikal dan Ops Pemandu Warga Asing (PeWA) di persimpangan Jalan Bayu Mutiara, Bukit Minyak di sini, semalam.

Timbalan Pengarah JPJ Pulau Pinang Shahrul Azhar Mat Dali berkata antara kesalahan yang dikesan dalam dua operasi itu ialah tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) Tamat Tempoh serta tiada insurans selain kesalahan teknikal lain antaranya tiada cermin sisi dan mengubah suai motosikal tanpa kebenaran.

Beliau berkata semakan mendapati 14 daripada 20 motosikal yang disita adalah milik warga tempatan, yang memberi kebenaran kepada warga asing untuk menunggangnya.

“Tindakan penguatkuasaan diambil mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan semua motosikal itu dibawa ke JPJ untuk tindakan lanjut,“ katanya ketika dihubungi Bernama.

Sehubungan itu Shahrul menasihati pemilik motosikal supaya mematuhi peraturan, dan tidak sewenang-wenangnya memberi kebenaran kepada kepada orang lain terutama warga asing untuk membawa kenderaan mereka kerana ia hanya akan mengundang lebih banyak masalah terutama jika berlaku kemalangan.

“Kita tidak akan berkompromi dan sekiranya dapat kesan ada warga asing bawa motosikal atau kenderaan lain di atas jalan raya dan tidak patuh kepada peraturan, tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,“ katanya.

Katanya 26 anggota penguat kuasa menyertai operasi dua hari itu. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings